Translate

29 August 2021

Mayat Mangsa Rogol, Liwat Disembunyi Bawah Katil


Mayat mangsa rogol, liwat disembunyi bawah katil

Astro Awani
29/8/2021

NIBONG TEBAL: Seorang wanita maut dipercayai dirogol dan dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan di bawah katil di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Wanita berusia 40 tahun itu dipercayai diperkosa seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya dalam kejadian pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supritendan Lee Chong Chern berkata, kejadian disedari kenalan mangsa yang datang ke rumah teres dua tingkat berkenaan untuk bertemu dengannya pada jam 3 petang.

Bagaimanapun saksi terkejut sebaik melihat seorang lelaki bermotosikal keluar dari rumah mangsa sebelum dia menghubungi kakak mangsa.

Pemeriksaan polis kemudiannya mendapati rumah mangsa berada dalan keadaan berselerakan dan mayat wanita itu ditemui terbaring di bawah katil di dalam bilik tingkat bawah.

Chong Chern berkata, hasil maklumat beberapa saksi, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 29 tahun ketika bersembunyi di Changkat Sungai Jawi, Nibong Tebal.

Ujian saringan air kencing suspek mendapati dia positif dadah jenis syabu dan semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah dan dadah.

Hasil siasatan ke atas suspek mendapati sehari sebelum kejadian dia pergi menghisap syabu di rumah rakannya di Kampung Wellesley, Sungai Bakap kira-kira jam 6 petang.

Suspek kemudiannya meminjam motosikal rakannya untuk bersiar-siar di kawasan taman perumahan itu sebelum menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di bahagian belakang.

Suspek yang melihat mangsa sedang tidur di atas katil bertindak merogol dan meliwat mangsa.

Chong Chern berkata, mangsa menjerit dan melawan sebelum suspek menyumbat seluar dalam mangsa ke dalam mulut dan menutup mulutnya dengan tangan.

“Suspek kemudiannya mendapati mangsa tidak bergerak dan sudah tidak bernyawa bertindak menyembunyikan mangsa di bawah katil.

“Malah suspek turut mengaku mengambil sebuah telefon bimbit, wang tunai dan loket milik mangsa sebelum keluar dari rumah itu, namun telah membuangnya ke dalam sungai,” katanya lagi.

Chong Chern berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap di Nibong Tebal bagi melakukan bedah siasat selepas keputusan ujian COVID-19 diperolehi.

Sumber: Astro Awani
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mayat-mangsa-rogol-liwat-disembunyi-bawah-katil-316650




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from California viewed 'Singer Noreen Noor Laid To Rest | BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Apa Nak Jadi? Polis Bimbang Trend Ramai Wanita Car' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Yusoff Rawther gagal buka pintu kereta semasa serb' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pulau Pinang terima penerbangan sulung terus dari ' 23 mins ago
A visitor from Ernakulam viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Selepas 30 April Tiada Maaf Bagi Mu - Amaran Perke' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed '1MDB tarik balik saman terhadap wanita Singapura d' 30 mins ago