Translate

19 July 2021

Sindiket pinjaman tak wujud babit kerugian RM3 juta tumpas (Video)

Remaja bawah umur antara 18 suspek ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket menawarkan pinjaman wang tidak wujud menyebabkan kerugian kira-kira RM3 juta




Sindiket pinjaman tak wujud babit kerugian RM3 juta tumpas

Harian Metro
19/7/2021

Remaja bawah umur antara 18 suspek ditahan kerana disyaki terbabit dengan sindiket menawarkan pinjaman wang tidak wujud menyebabkan kerugian kira-kira RM3 juta yang ditumpaskan polis dalam dua serbuan di Batu Feringghi di sini, Khamis lalu.

Semua suspek berusia 16 hingga 23 tahun itu terdiri daripada 16 lelaki dan dua wanita warga tempatan. Serbuan pertama dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut ke atas sebuah rumah di Jalan Sungai Emas Satu, Batu Feringghi kira-kira jam 1 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Rosni Mohd Lazim berkata, 12 suspek terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia antara 16 hingga 23 tahun ditahan.

Katanya, sindiket menawarkan pinjaman wang kepada mangsa menerusi media sosial Facebook dan Instagram sebelum diminta mengisi maklumat peribadi serta jumlah pinjaman dipohon menerusi pautan yang diberikan.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Isnin.

Katanya, serbuan kedua ke atas sebuah rumah di Solok Sungai Emas, Batu Feringghi pada kira-kira jam 7 petang hari sama menahan enam lagi lelaki dan merampas merampas 11 kad ATM, 10 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah komputer riba.

Source: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED