Kenyataan Akhbar KPK 2 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
2 JULAI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 2 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 6,278 kes (694,538 kes kumulatif, 90.7%);
- Kes baharu : 6,982 kes (765,949 kes kumulatif);
- Kes import : 3 kes (2 warganegara, 1 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 6,979 kes [5,265 warganegara (75.4%); 1,714 bukan warganegara (24.6%)];
- Kes aktif : 66,084 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 905 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 443 kes;
- Kes kematian : 73 kes (5,327 kes kumulatif, 0.70%; 64 warganegara, 9 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 2,882 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 2,005 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 877 kluster.
Sebanyak 73 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 29 kes di Selangor, 13 kes di Negeri Sembilan, masing-masing lima (5) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah,masing-masing empat (4) kes di Johor, Pahang, dan Sarawak, tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan,masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu (1) kes di Melaka dan Kedah.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
PENINGKATAN KES KEMATIAN SEBELUM TIBA KE HOSPITAL (BID) PESAKIT COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 2 Julai 2021, KKM telah merekodkan sebanyak 5,327 kes kematian (0.70 peratus) sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita. Manakala, sebanyak 4,856 (91.2 peratus) kes kematian telah dilaporkan pada tahun 2021. Daripada jumlah kematian pada tahun 2021, sebanyak 670 (13.8 peratus) kes kematian sebelum tiba ke hospital (BID) dilaporkan. Analisa CPRC Kebangsaan juga mendapati terdapat kenaikan tren kes-kes kematian BID iaitu sebanyak tujuh (7) kali ganda dari bulan April (35 kes) sehingga Jun 2021 (246 kes).
Kebanyakan kes kematian BID ini adalah dari kumpulan umur 50 tahun sehingga 70 tahun (iaitu sebanyak 76.7 peratus) dengan sekurang-kurangnya satu komorbid (64.5 peratus). Tiga (3) negeri yang merekodkan kes kematian BID tertinggi pada tahun ini adalah Selangor iaitu sebanyak 181 kes (27.0 peratus), diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu sebanyak 78 kes (11.6 peratus), dan Sabah sebanyak 85 kes (12.7 peratus).
Orang ramai perlu cakna dalam memantau kesihatan kendiri terutamanya apabila disahkan positif dan berada dalam pemantauan di rumah. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh setiap individu, iaitu;
- Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif;
- Amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sementara menunggu keputusan ujian dan panggilan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan COVID-19 Assessment Centre (CAC);
- Maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau CAC berdekatan sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen;
- Segera laporkan sebarang “warning signs” dan dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berdekatan. Warning signs merupakan gejala yang memberi petanda bahawa keadaan seseorang pesakit COVID-19 semakin teruk. Antara warning signs yang memerlukan rawatan segera adalah seperti berikut:
- Demam berpanjangan;
- Kesukaran bernafas;
- Sakit dada;
- Kurang selera makan dan minum;
- Kelesuan bertambah teruk;
- Perubahan pada status mental seperti kurang tahap sedar dan kekeliruan;
- Batuk, muntah, dan cirit yang semakin teruk;
- Kurang buang air kecil;
- Bibir atau jari menjadi kebiruan; dan
- Ketepuan oksigen <95%.
Ahli keluarga atau rakan serumah dinasihatkan agar prihatin dan peka terhadap keadaan dan kesihatan pesakit COVID-19 dengan memanfaatkan teknologi komunikasi untuk memantau kesihatan pesakit sepanjang pemantauan kuarantin di rumah.
Selain itu, beberapa langkah telah dan sedang diambil oleh Kementerian dengan kerjasama pelbagai agensi bagi mengatasi situasi berkenaan;
- Pengukuhan Fungsi CAC
KKM sedang menambahbaik proses pemantauan oleh CAC di seluruh negara bagi membolehkan penilaian awal menyeluruh dapat dilakukan segera terhadap kes-kes positif. Kes-kes ini seterusnya akan ditentukan sama ada boleh menjalani pengasingan dan pemantauan kendiri di rumah, perlu dimasukkan ke Pusat Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PRKC) atau dirujuk ke hospital. Dengan pengukuhan CAC, pemantauan kes dapat dijalankan dengan lebih baik dan rujukan segera dapat dilakukan sekiranya perlu.
- Meningkatkan Kapasiti Makmal
KKM akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kapasiti ujian pengesanan virus SARS-CoV-2 harian yang terdiri daripada ujian RT-PCR dan RTK-Ag. Bagi meningkatkan kapasiti ujian RT-PCR, KKM menjalankan kerjasama dengan makmal-makmal dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Pertahanan Malaysia, dan makmal-makmal swasta, manakala ujian RTK-Ag pula dijalankan oleh klinik dan hospital swasta secara meluas sama ada secara individu atau mass screening. Kerjasama di antara agensi dan sektor ini telah membolehkan aktiviti pengesanan kes dan tindakan kesihatan awam lain dilaksanakan dengan segera.
- Pendigitalan Pengurusan Pandemik COVID-19
KKM akan memulakan inisiatif peranti pintar di beberapa buah CAC termasuk pulse oxymeter bagi memantau keadaan semasa pesakit COVID-19 ketika berada di rumah. Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kesihatan, inisiatif ini bertujuan untuk mengukuhkan pengurusan pesakit COVID-19. Dengan adanya inisiatif ini, tahap kesihatan kes positif khususnya yang sedang menjalani pengasingan di rumah, dapat diselia dengan lebih baik seterusnya sebarang kemerosotan gejala dapat dikesan dengan lebih cepat.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 Julai 2021 @ 5:30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 2 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 2,907 (1) | 254,543 |
WP KUALA LUMPUR | 637 (1) | 79,303 |
JOHOR | 517 | 71,611 |
SABAH | 230 | 69,907 |
SARAWAK | 440 | 65,835 |
NEGERI SEMBILAN | 606 (1) | 46,178 |
KELANTAN | 129 | 35,048 |
PULAU PINANG | 351 | 35,020 |
PERAK | 182 | 26,959 |
KEDAH | 257 | 25,776 |
MELAKA | 202 | 18,928 |
PAHANG | 329 | 14,190 |
TERENGGANU | 44 | 11,295 |
WP LABUAN | 131 | 8,429 |
WP PUTRAJAYA | 20 | 2,332 |
PERLIS | 0 | 595 |
JUMLAH KESELURUHAN | 6,982 (3) | 765,949 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 73 kes kematian pada 2 Julai 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang Penyakit |
5255 | Selangor | Perempuan (WN) | 38 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | – |
5256 | Sabah | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang |
5257 | Selangor | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Kajang | Kencing manis |
5258 | Pahang | Perempuan (WN) | 56 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Kencing manis dan darah tinggi |
5259 | Kelantan | Perempuan (WN) | 59 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
5260 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Jempol | Darah tinggi dan jantung |
5261 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
5262 | Sarawak | Perempuan (WN) | 81 | Hospital Sibu | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
5263 | Sarawak | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Umum Sarawak, Kuching | – |
5264 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Jempol | Darah tinggi dan dislipidemia |
5265 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 33 | Hospital Jempol | Darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti |
5266 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Rehabilitasi Cheras | Darah tinggi dan jantung |
5267 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis dan darah tinggi |
5268 | Selangor | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Shah Alam | Jantung |
5269 | Kelantan | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
5270 | Selangor | Lelaki (WN) | 53 | Hospital Sungai Buloh | Asma |
5271 | Johor | Perempuan (WN) | 53 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Kencing manis dan darah tinggi |
5272 | Johor | Perempuan (WN) | 46 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | – |
5273 | Johor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
5274 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 80 | Hospital Jelebu | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
5275 | Sabah | Perempuan (WN) | 59 | Hospital Lahad Datu | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
5276 | Selangor | Perempuan (WN) | 72 | Hospital Sungai Buloh | – |
5277 | Johor | Perempuan (WN) | 30 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Obesiti |
5278 | Selangor | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang |
5279 | Sarawak | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Sibu | Darah tinggi, jantung, dan buah pinggang |
5280 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 57 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang |
5281 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Tampin | Darah tinggi, dislipidemia, dan saraf |
5282 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 69 | Hospital Jempol | Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan paru-paru kronik |
5283 | Selangor | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Kajang | Darah tinggi dan saraf |
5284 | Selangor | Lelaki (WN) | 79 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi, jantung, dan kanser |
5285 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 26 | Jenazah dibawa ke Hospital Pulau Pinang | Epilepsi |
5286 | Pahang | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh | Kencing manis, darah tinggi, dan kanser |
5287 | Selangor | Perempuan (WN) | 72 | Hospital Rehabilitasi Cheras | Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti |
5288 | Selangor | Perempuan (WN) | 58 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, asma, dan buah pinggang |
5289 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 60 | Hospital Kuala Lumpur | Obesiti |
5290 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 76 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi dan dislipidemia |
5291 | Pahang | Lelaki (WN) | 24 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Obesiti |
5292 | Selangor | Perempuan (WN) | 67 | Hospital Kajang | Darah tinggi, dislipidemia, strok, dan buah pinggang |
5293 | Selangor | Perempuan (WN) | 87 | Hospital Serdang | – |
5294 | Sabah | Lelaki (WN) | 89 | Hospital Lahad Datu | – |
5295 | Selangor | Perempuan (WN) | 58 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang, dan obesiti |
5296 | Selangor | Perempuan (WN) | 53 | Hospital Serdang | Kencing manis dan darah tinggi |
5297 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 91 | Hospital Rehabilitasi Cheras | Darah tinggi dan strok |
5298 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 79 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis dan darah tinggi |
5299 | Pahang | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Kencing manis, darah tinggi, dan saraf |
5300 | Selangor | Perempuan (WN) | 75 | Hospital Shah Alam | Kencing manis |
5301 | Selangor | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Strok |
5302 | Selangor | Lelaki (WN) | 60 | Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Darah tinggi |
5303 | Selangor | Lelaki (WN) | 40 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Kanser |
5304 | Selangor | Lelaki (WN) | 62 | Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan obesiti |
5305 | Sabah | Lelaki (WN) | 63 | Jenazah dibawa ke Hospital Beaufort | Tiroid |
5306 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, jantung, dan buah pinggang |
5307 | WP Labuan | Perempuan (WN) | 80 | Jenazah dibawa ke Hospital Labuan | Darah tinggi |
5308 | Selangor | Perempuan (WN) | 85 | Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
5309 | Selangor | Perempuan (WN) | 78 | Hospital Kajang | – |
5310 | Selangor | Lelaki (WN) | 76 | Hospital Banting | Strok |
5311 | Selangor | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Kajang | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
5312 | Selangor | Perempuan (WN) | 54 | Hospital Shah Alam | Kencing manis dan darah tinggi |
5313 | Selangor | Perempuan (WN) | 70 | Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Kencing manis |
5314 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, darah tinggi, dan penyakit buah pinggang |
5315 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 47 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, darah tinggi, dan obesiti |
5316 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 43 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, penyakit jantung, dan buah pinggang |
5317 | Melaka | Lelaki (WN) | 33 | Jenazah dibawa ke Hospital Melaka | Kencing manis dan darah tinggi |
5318 | WP Labuan | Lelaki (WN) | 75 | Jenazah dibawa ke Hospital Labuan | Endokrin |
5319 | Pulau Pinang | Lelaki (BWN) | 36 | Hospital Kepala Batas | – |
5320 | Selangor | Lelaki (BWN) | 51 | Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | – |
5321 | Selangor | Perempuan (BWN) | 51 | Hospital Shah Alam | Darah tinggi |
5322 | Sabah | Lelaki (BWN) | 49 | Hospital Lahad Datu | Jantung |
5323 | Kedah | Lelaki (BWN) | 67 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | – |
5324 | WP Labuan | Perempuan (BWN) | 61 | Jenazah dibawa ke Hospital Labuan | Darah tinggi |
5325 | Selangor | Perempuan (BWN) | 47 | Hospital Serdang | – |
5326 | Selangor | Lelaki (BWN) | 60 | Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya | Kencing manis dan asma |
5327 | Sarawak | Lelaki (BWN) | 48 | Jenazah dibawa ke Hospital Kapit | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 6,982 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 2 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 2,907 | 165 | 1,619 | 1 | 1,122 |
WP KUALA LUMPUR | 637 | 149 | 276 | 1 | 211 |
NEGERI SEMBILAN | 606 | 186 | 244 | 1 | 175 |
JOHOR | 517 | 360 | 96 | – | 61 |
SARAWAK | 440 | 81 | 244 | – | 115 |
PULAU PINANG | 351 | 256 | 51 | – | 44 |
PAHANG | 329 | 173 | 118 | – | 38 |
KEDAH | 257 | 99 | 95 | – | 63 |
SABAH | 230 | 49 | 96 | – | 85 |
MELAKA | 202 | 87 | 86 | – | 29 |
PERAK | 182 | 134 | 26 | – | 22 |
WP LABUAN | 131 | 5 | 80 | – | 46 |
KELANTAN | 129 | 41 | 53 | – | 35 |
TERENGGANU | 44 | 36 | 6 | – | 2 |
WP PUTRAJAYA | 20 | 0 | 12 | – | 8 |
PERLIS | – | – | – | – | – |
JUMLAH KESELURUHAN | 6,982 | 1,821 | 3,102 | 3 | 2,056 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 2 JULAI 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah disaring |
1 | Damai 16 | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 13 | 74 |
2 | Jalan By Pass Batu Anam | Tempat Kerja | Johor | Segamat | 26 | 128 |
3 | Keluli Industri Tiga | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 9 | 32 |
4 | Perdagangan Harmoni Satu | Tempat Kerja | Selangor | Sepang | 19 | 69 |
5 | Jalan Besar Teras Jernang | Tempat Kerja | Selangor | Sepang dan Hulu Langat | 42 | 116 |
6 | Tapak Bina Persiaran Institusi | Tempat Kerja | Selangor | Sepang | 39 | 284 |
7 | Kilometer 85 Mukah | Tempat Kerja | Sarawak | Mukah | 92 | 348 |
8 | Jalan Masjid India | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa | 13 | 49 |
9 | Tingkat Perusahaan 4A | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 9 | 94 |
10 | Kampung Sungai Hilir Perupok | Komuniti | Kelantan | Bachok dan Pasir Puteh | 9 | 12 |
11 | Kampung Pahi Kuala Krai | Komuniti | Kelantan | Kuala Krai | 21 | 98 |
12 | Kompleks Fasa Dua | Komuniti | Johor | Muar | 19 | 40 |
13 | Sungai Gamong | Komuniti | Sarawak | Meradong | 13 | 39 |
14 | Tanjung Pitas | Komuniti | Sabah | Pitas | 43 | 86 |
15 | Persiaran MARDI | Kumpulan Berisiko Tinggi | Selangor | Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling, dan Gombak | 52 | 340 |
16 | Jalan Orkid | Kumpulan Berisiko Tinggi | Selangor | Hulu Selangor | 15 | 52 |
17 | Persiaran Soga | Kumpulan Berisiko Tinggi | Johor | Batu Pahat dan Kluang | 19 | 205 |