Kenyataan Akhbar KPK 18 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
18 JULAI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,778 kes (784,949 kes kumulatif, 85.6%);
- Kes baharu : 10,710 kes (916,561 kes kumulatif);
- Kes import : 12 kes (6 warganegara, 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 10,698 kes [8,579 warganegara (80.2%); 2,119 bukan warganegara (19.8%)];
- Kes aktif : 124,593 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):909 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 445 kes;
- Kes kematian : 153 kes (7,019 kes kumulatif, 0.77%; 125 warganegara, 28 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 3,250 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 2,345 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 905 kluster.
Daripada 10,710 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 95 kes (0.9 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 45 kes (0.4 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 91 kes (0.9 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 4,162 kes (38.9 peratus) kategori 2 (bergejala ringan) dan 6,317 kes (59.0 peratus) kategori 1 (tidak bergejala).
Keseluruhannya, hanya 2.1 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5. Meskipun peratusan kes kategori 3 hingga kategori 5 tidak tinggi, namun harus diambil perhatian bahawa:
- Kes kategori 5 – memerlukan purata tempoh jagaan di ICU selama 21 hari;
- Kes kategori 4 – memerlukan purata tempoh jagaan di ICU selama 14 hari; dan
- Kes kategori 3 – memerlukan penjagaan dan pemerhatian di hospital terutama bagi yang berisiko tinggi.
Tempoh masa yang lama diperlukan bagi kes-kes ini untuk diberi jagaan di wad dan ICU, justeru mengakibatkan kapasiti katil yang sememangnya terhad kian hari menjadi semakin penuh dan sesak. Ini secara tidak langsung akan terus membebankan sistem kesihatan terutamanya di ICU, hospital, dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
Oleh itu kita perlu bersama-sama menjaga diri kita, keluarga kita, dan masyarakat kita agar terlindung daripada dijangkiti COVID-19. Segeralah mendaftar dan dapatkan suntikan vaksin COVID-19 agar kita dapat melindungi diri dan melindungi semua.
Sebanyak 153 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 82 kes di Selangor, 17 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 14 kes di Negeri Sembilan, 10 kes di Johor, lapan (8) kes di Kedah, enam (6) kes di Pahang, lima (5) kes di Melaka, masing-masing dua (2) kes di Sabah, Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta masing-masing satu (1) kes di Terengganu, Sarawak, Kelantan, Perak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 17 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 17 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.18. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.31). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah WP Putrajaya (nilai RT 1.26), Kedah (nilai RT 1.25), masing-masing (nilai RT 1.19) di Negeri Sembilan dan WP Kuala Lumpur, Pulau Pinang (nilai RT 1.18), masing-masing (nilai RT 1.17) di Selangor, Melaka dan Perak, Sabah (nilai RT 1.15), Kelantan (nilai RT 1.13), Pahang (nilai RT 1.11) dan Johor (nilai RT 1.10).
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
18 Julai 2021 @ 6:30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 18 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 4,828 (2) | 322,419 |
WP KUALA LUMPUR | 945 (9) | 98,563 |
JOHOR | 808 (1) | 78,678 |
SABAH | 666 | 75,145 |
SARAWAK | 261 | 71,300 |
NEGERI SEMBILAN | 771 | 61,029 |
PULAU PINANG | 295 | 38,870 |
KELANTAN | 146 | 37,558 |
KEDAH | 696 | 32,550 |
PERAK | 407 | 31,249 |
MELAKA | 289 | 25,052 |
PAHANG | 369 | 18,473 |
TERENGGANU | 123 | 12,653 |
WP LABUAN | 50 | 9,427 |
WP PUTRAJAYA | 51 | 2,968 |
PERLIS | 5 | 627 |
JUMLAH KESELURUHAN | 10,710 (12) | 916,561 |