Translate

25 July 2021

Malaysia Covid-19 25/7 Status Report : Highest New Cases Today As Total Cases Breach 1 Million Mark - 1,013,438 | Record New Cases- 17,045 | Active Cases- 160,903 | New Deaths- 92 Total Deaths- 7994.

Kenyataan Akhbar KPK 25 Julai 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 JULAI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 9,683 kes (844,541 kes kumulatif, 83.3%);
  • Kes baharu : 17,045 kes (1,013,438 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes; (4 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 17,039 kes; [13,169 warganegara (77.3%);  3,870 bukan warganegara (22.7%)];
  • Kes aktif: 160,903 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 970 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 501 kes;
  • Kes kematian : 92 kes (7,994 kes kumulatif, 0.79%, 90 warganegara, 2 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,452 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 34 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,460 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 992 kluster.

Pada hari ini, negeri Selangor melaporkan jumlah kes positif COVID-19 yang tertinggi iaitu sebanyak 8,500 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,884 kes (57.46 peratus) adalah dari saringan kontak rapat, 3,440 kes (40.47 peratus) dari saringan lain-lain, 175 kes (2.06 peratus) dari saringan kluster dan satu (1) kes (0.01 peratus) merupakan kes import A (penularan dari luar negara). Di negeri Selangor, didapati 72 peratus kes positif COVID-19 yang dilaporkan telah menjalani ujian pengesahan COVID-19 sama ada di klinik atau makmal swasta. Senario yang sama juga dapat dilihat di beberapa negeri lain. Ini menunjukkan tahap kesedaran telah meningkat untuk tampil mendapatkan ujian COVID-19 terutama jika bergejala.

Daripada 17,045 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 187 kes (1.1 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 124 kes (0.7 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 122 kes (0.7 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 7,489 kes (43.9 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 9,123 kes (53.5 peratus) kategori 1 (tidak bergejala), iaitu semasa kes-kes ini baharu didiagnosa. Keseluruhannya, 2.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4 dan 5 semasa baru didiagnosa, di mana ianya berjumlah sebanyak 433 kes yang perlu ditempatkan di hospital merawat COVID-19 yang semakin penuh dan sesak.

Oleh itu masyarakat diseru untuk terus kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), elakkan perhimpunan terutama di tempat yang sempit dan kurang pengudaraan, serta segera dapatkan temu janji vaksin COVID-19 agar dilindungi bahaya COVID-19.

Sebanyak 92 kes kematian yang dilaporkan pada hari ini melibatkan 27 kes di Selangor, 23 kes di Johor, 12 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Negeri Sembilan, lima (5) kes di Melaka, empat (4) kes di Kedah, tiga (3) kes di Pahang, masing-masing dua (2) kes di Sabah dan Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Perak, Terengganu, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R/R(STATUS SEHINGGA 24 JULAI 2021)  

Berdasarkan data terkini pada 24 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.11. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.36) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.29) dan Kedah (nilai RT 1.23). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Wilayah Persekutuan Labuan dan Perlis.

Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Julai 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR8,500 (1)367,469
WP KUALA LUMPUR2,045 (5)110,051
JOHOR95084,258
SABAH81879,470
SARAWAK40773,986
NEGERI SEMBILAN51366,615
PULAU PINANG57342,097
KELANTAN26639,673
KEDAH1,21638,477
PERAK60933,919
MELAKA37028,094
PAHANG42421,387
TERENGGANU27314,318
WP LABUAN219,599
WP PUTRAJAYA503,367
PERLIS10658
JUMLAH KESELURUHAN17,045 (6)1,013,438

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 3

Perincian 17,045 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR8,5001754,88413,440
WP KUALA LUMPUR2,0453451,0735622
KEDAH1,216487474255
JOHOR950317461172
SABAH818209364245
PERAK609262104243
PULAU PINANG573111246216
NEGERI SEMBILAN5136035697
PAHANG42419018747
SARAWAK40716286105
MELAKA3708922061
TERENGGANU2738711670
KELANTAN2661468634
WP PUTRAJAYA502822
WP LABUAN211128
 PERLIS1010
JUMLAH KESELURUHAN17,0452,4958,90765,637

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 25 JULAI 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Tapak Bina Jalan MerantiTempat KerjaPahangBentong121121
2Padang KubuTempat KerjaTerengganuKemaman1031,329
3Tapak Bina Kampung SedengTempat KerjaJohorSegamat96221
4Lengkok Rishah DuaTempat KerjaPerakKinta62300
5Bagan SabakTempat KerjaSelangorSabak Bernam59253
6Industri Jalan Bebas LapanTempat KerjaSelangorPetaling dan Klang4855
7Gipan KolombongTempat KerjaSabahKota Kinabalu dan Tuaran4072
8Industri Mahkota SatuTempat KerjaSelangorHulu Langat4041
9Persiaran Desa TebrauTempat KerjaJohorJohor Bahru37234
10Tapak Bina Kluang PerdanaTempat KerjaJohorKluang3379
11Industri Taman Gunung MasTempat KerjaNegeri SembilanTampin31157
12TinabauTempat KerjaSabahKinabatangan2626
13Jalan Besar Sabak BernamTempat KerjaSelangorSabak Bernam2082
14Jalan Gambir LimaTempat KerjaJohorTangkak1654
15Dah Kedundung Industri Alor SetarTempat KerjaKedahKota Setar, Padang Terap, dan Pendang15154
16Dah Pinang Industri Alor SetarTempat KerjaKedahKota Setar1271
17PLO Jalan TimahTempat KerjaJohorJohor Bahru1163
18PLO Jalan TengarTempat KerjaJohorJohor Bahru8170
19Taman Hock AnnKomunitiWP Kuala LumpurLembah Pantai185299
20Dah BukitKomunitiKedahLangkawi139286
21Jalan TungkuKomunitiSabahLahad Datu35233
22Batu Enam PenjomKomunitiPahangLipis2564
23Kampung Kemahang LabokKomunitiKelantanMachang dan Kota Bharu18109
24Alor BakongKomunitiPerakHilir Perak18119
25Kampung Budi TawangKomunitiKelantanBachok1737
26Padang Tembak IntanKomunitiPerakHilir Perak1528
27Tok KhalifahKomunitiSelangorSabak Bernam1440
28Kampung Bukit Tok AliKomunitiKelantanJeli1420
29B5 Keratong TujuhKomunitiPahangRompin1226
30Kampung Tok SadangKomunitiKelantanKota Bharu1127
31Jalan Damai Kampung CherangKomunitiKelantanKota Bharu1117
32Kampung Sogo-SogoKomunitiSabahTongod946
33Gerbang KauranKomunitiSabahKeningau928
34Simpang Tiga RanauKumpulan Berisiko TinggiSabahRanau14417

LAMPIRAN 5 

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 24 JULAI 2021

NEGERINILAI RT
TERENGGANU1.36
KELANTAN1.29
KEDAH1.23
PULAU PINANG1.23
SABAH1.21
JOHOR1.19
WP PUTRAJAYA1.17
PAHANG1.15
SELANGOR1.15
WP KUALA LUMPUR1.13
PERAK1.13
MELAKA1.05
NEGERI SEMBILAN1.03
SARAWAK1.00
WP LABUAN0.69
PERLIS0
MALAYSIA1.11

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED