Translate

18 July 2021

Indonesia melanjutkan darurat sehingga 31 Julai ini kerana bimbang situasi Covid-19. Perayaan Aidiladha Tidak Boleh Disambut Seperti Biasa




Darurat di Indonesia dilanjut sehingga 31 Julai, sebagai persiapan menjelang Aidiladha
ASTROAWANI
Julai 17, 2021 

Bimbang akan situasi COVID-19 dan lonjakan kes harian, Presiden Indonesia, Joko Widodo membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh darurat sehingga 31 Julai ini. - Gambar fail

BIMBANG akan situasi COVID-19 dan lonjakan kes harian, Presiden Indonesia, Joko Widodo membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh darurat sehingga 31 Julai ini.

Menurut laporan The Jakarta Post, perintah darurat yang sepatutnya berakhir pada 20 Julai itu melarang aktiviti makan malam di restoran dengan arahan bekerja dari rumah untuk sektor bukan keperluan utama, sekali gus bertepatan dengan kawalan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.Terdahulu, pemerintah Indonesia melarang umat Islam di kawasan yang terlibat dengan pelaksanaan darurat daripada meraikan perayaan Aidiladha seperti biasa.


Penduduk juga tidak dibenarkan untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di surau mahupun masjid, dengan sebarang aktiviti perjalanan dan perjumpaan dilarang.

Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas, dalam pada itu meminta umat Islam supaya menunaikan solat sunat di rumah bersama ahli keluarga sahaja.

Tindakan itu perlu ambil bagi mengelakkan risiko penularan COVID-19 serta mengatasi masalah kekurangan bekalan vaksin di beberapa wilayah.

Tambah Cholil Qoumas, pihaknya turut mengeluarkan surat pekeliling bagi mengarahkan supaya sebarang aktiviti ibadah korban tidak dilaksanakan dalam kuantiti orang ramai.

Sejak beberapa hari lalu, Indonesia menyaksikan peningkatan kes COVID-19 dan pada Sabtu, sejumlah 51,952 kes baharu direkodkan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED