CHERAS - Ibu dan anak perempuan berusia 4 tahun yang dipercayai dijangkiti Covid-19 maut terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium Taman Tenaga Cheras ibu negara pegang semalam.
Insiden itu disedari penduduk setempat selepas terdengar bunyi dentuman kuat.
Difahamkan, mangsa adalah warganegara India sedang dalam kuarantin diri.
Mayat kanak kanak malang itu ditemui di rumput.
Manakala ibunya berusia 40 an jatuh atas kaki lima.
Kedua dua mereka didapati masih memakai gelang berwarna merah jambu yang dipercayai direkodkan sebagai pesakit Covid 19.
Maklumat awal juga mendapati, suami mangsa masih di kuarantin di Maeps Serdang.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohd Idzan Jaafar mengesahkan kejadian.
Kedua dua mayat dibawa ke HUKM untuk dibedah siasat.
Punca kejadian sebenar masih dalam siasatan.
MKL CRIMEDESK YOUTUBE