Sekumpulan Penghantar Makanan Merusuh Di Jalan Persiaran Setia Perdana |
PDRM RMP TV Channel
ORANG LAIN YANG SALAH, ORANG LAIN PULA YANG KENA.
APA YANG SEBENARNYA BERLAKU ?
TULAR SATU VIDEO SEKUMPULAN PENGHANTAR MAKANAN MERUSUH DI JALAN PERSIARAN SETIA PERDANA U13 SETIA ALAM, SELANGOR.
KUPASAN LANJUT ISU INI, KITA BERSAMA ACP BAHARUDIN BIN MAT TAIB, KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM, SELANGOR.
KES DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 147 KANUN KESEKSAAN KERANA MERUSUH HUKUMAN PENJARA SEHINGGA 2 TAHUN ATAU DENGAN DENDA, ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI JIKA SABIT KESALAHAN.
SEKSYEN 427 KANUN KESEKSAAN KERANA PERBUATAN KHIANAT MENYEBABKAN KERUGIAN YANG MEMPERUNTUKKAN HUKUMAN PENJARA MAKSIMUM 2 TAHUN ATAU DENDA ATAU KEDUA-DUANYA.
SEKSYEN 43, AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 MEMANDU DENGAN TIDAK CERMAT DAN TIDAK BERTIMBANG RASA APABILA DISABITKAN BOLEH DIKENAKAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK LEBIH DARIPADA 1 TAHUN ATAU DENDA TIDAK LEBIH DENDA DARIPADA RM 4,000 JIKA SABIT KESALAHAN.
KETUA POLIS DAERAH SHAH ALAM JUGA MENGESAHKAN BAHAWA PEMANDU LORI ADALAH WARGANEGARA BANGLADESH DAN TIDAK MEMPUNYAI LESEN MEMANDU.
TANGKAPAN TELAH DILAKUKAN KEATAS MAJIKAN DAN DAN JUGA PEMANDU LORI TERSEBUT UNTUK SIASATAN DIBAWAH SEKSYEN 39(B) AKTA IMIGRESEN 1959/1963 KERANA MELANGGAR SYARAT PAS, PERMIT ATAU PAS SEMPADAN JIKA DISABITKAN KESALAHAN DENDA TIDAK LEBIH RM1,000.00 ATAU PENJARA TIDAK LEBIH 6 BULAN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.
SEKSYEN 55B AKTA IMIGRESEN 1959/1963 KERANA MENGAMBIL PEKERJA SATU ATAU LEBIH ORANG SELAIN DARIPADA WARGANEGARA ATAU PEMEGANG PERMIT MASUK YANG TIDAK MEMILIKI SUATU PAS YANG SAH JIKA DISABITKAN KESALAHAN DENDA TIDAK KURANG RM10,000 TETAPI TIDAK LEBIH RM50,000 ATAU PENJARA TIDAK LEBIH 12 BULAN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI BAGI SETIAP ORANG PEKERJA YANG DIAMBIL.
MAJIKAN YANG MEMBENARKAN PEKERJANYA MEMANDU TANPA LESEN BOLEH DISABITKAN KESALAHAN DBAWAH SEKSYEN 111 AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 KERANA BERSUBAHAT MELAKUKAN KESALAHAN DAN JIKA SABIT KESALAHAN BOLEH DIDENDA TIDAK MELEBIHI RM 2,000.00 RINGGIT ATAU PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK LEBIH 6 BULAN.
Source: PDRM RMP TV Channel YouTube
Source: PDRM RMP TV Channel YouTube