Kenyataan Akhbar KPK 16 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
16 JUN 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 16 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 7,240 kes (600,935 kes kumulatif, 89.3%);
- Kes baharu : 5,150 kes (673,026 kes kumulatif);
- Kes import : 3 kes (3 warganegara);
- Kes tempatan : 5,147 kes [4,304 warganegara (83.6%); 843 bukan warganegara (16.4%)];
- Kes aktif : 67,949 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :924 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 453 kes;
- Kes kematian : 73 kes (4,142 kes kumulatif, 0.61%; 62 warganegara, 11 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 2,532 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 19 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,744 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 788 kluster.
Sebanyak 73 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 33 kes di Selangor,masing-masing enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan, dan Sarawak, empat (4) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Melaka, dan Johor, dua (2) kes di Pahang, serta satu (1) kes di Kelantan.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
STATUS TERKINI KADAR PENGGUNAAN KATIL DI UNIT RAWATAN RAPI (ICU)
Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd Yassin telah memasukkan beberapa indikator ambang utama termasuk kadar penggunaan katil di Wad ICU.
KKM ingin memaklumkan bahawa tren kemasukan kes-kes COVID-19 ke Unit Rawatan Rapi (ICU) telah menunjukkan peningkatan bermula sejak dari Minggu Epidemiologi (ME) ke-17 (25 April 2021 hingga 1 Mei 2021) hingga ME ke-21 (23 Mei 2021 hingga 29 Mei 2021). Tren yang sama dilihat berterusan terutama bagi tempoh dua (2) minggu seterusnya sehingga ME ke-23 (6 Jun 2021 hingga 12 Jun 2021) di mana jumlah pengunaan katil ICU telah melebihi 100 peratus.
Graf 1: Jumlah kes berkaitan COVID-19 Yang Dimasukkan Ke ICU Bagi Tahun 2021
Graf 2: Jumlah Katil ICU Bagi Kes Berkaitan COVID-19 Dan Kadar Pengunaan Katil Bagi Tahun 2021
Walaupun terdapat penurunan kes baharu harian bagi tempoh dua (2) minggu lockdown iaitu mulai 1 Juan 2021, kes-kes COVID-19 di ICU masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara. Hal ini berikutan kemunculan varian-varian baharu yang mengakibatkan kes-kes dikesan dengan gejala serius (kategori 4 dan 5) dan merosot pada kadar yang lebih cepat. Keadaan ini menyebabkan lebih ramai pesakit memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan khususnya di kalangan golongan rentan seperti warga emas serta pesakit yang menghidap lain-lain penyakit (co-morbidity). Penggunaan kapasiti ICU yang melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan di mana tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dapat ditempatkan di ICU.
Selain itu, penggunaan katil yang melebihi kapasiti ini juga disebabkan oleh keperluan tempoh pemulihan yang lama bagi pesakit-pesakit ICU untuk sembuh disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 yang serius. Secara purata, tempoh rawatan di ICU bagi kategori 4 adalah di antara 14 hari ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori 5 pula, tempoh rawatan di ICU adalah di antara 19 hari ke 26 hari.
KKM sentiasa bersiapsiaga dengan situasi ini dan antara langkah-langkah yang telah diambil adalah:
- Menambah kapasiti katil-katil bagi menempatkan pesakit COVID-19 iaitu sebanyak 11,598 katil di hospital dan 31,861 katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Awam khusus dalam merawat pesakit COVID-19;
- Menaik taraf kegunaan katil (repurpose bed) di wad biasa kepada katil rawatan pesakit kritikal COVID-19;
- Bekerjasama dengan hospital pengajar Kementerian Pengajian Tinggi antaranya Pusat Perubatan di Universiti Malaya, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Universiti Teknologi MARA, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, dan terkini Hospital Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia) untuk menggunakan fasiliti mereka bagi merawat pesakit COVID-19;
- Bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam penubuhan Hospital Medan. Setakat ini enam (6) buah Hospital Medan ATM telah dibina di hospital-hospital KKM.
- Bekerjasama dengan 112 buah hospital swasta khususnya di Lembah Klang bagi rawatan pesakit COVID-19 yang melibatkan sejumlah 1,274 katil wad biasa dan 128 katil ICU.
Bagi memastikan usaha-usaha yang telah dijalankan dalam melawan penularan COVID-19 ini tidak sia-sia, KKM memohon kerjasama masyarakat untuk kekal mematuhi norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan jangkitan COVID-19. Terus kekal mengurangkan aktiviti pergerakan di luar rumah kerana dibimbangi mungkin terkena jangkitan daripada varian baharu COVID-19 yang lebih mudah merebak dan mengakibatkan penyakit yang teruk. Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 serta hadirlah ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berdasarkan tarikh temu janji yang diberikan.
Bersama-sama kita berganding bahu dalam memerangi penularan COVID-19 agar kita dapat menuju ke arah pemulihan negara daripada jangkitan COVID-19.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
16 Jun 2021 @ 6:30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 16 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,914 | 220,391 |
WP KUALA LUMPUR | 480 (3) | 68,849 |
SABAH | 184 | 66,730 |
JOHOR | 392 | 65,827 |
SARAWAK | 570 | 57,475 |
NEGERI SEMBILAN | 607 | 35,108 |
KELANTAN | 230 | 32,742 |
PULAU PINANG | 99 | 32,547 |
PERAK | 66 | 23,916 |
KEDAH | 228 | 22,550 |
MELAKA | 152 | 15,276 |
PAHANG | 57 | 11,764 |
TERENGGANU | 56 | 10,752 |
WP LABUAN | 101 | 6,394 |
WP PUTRAJAYA | 6 | 2,137 |
PERLIS | 8 | 568 |
JUMLAH KESELURUHAN | 5,150 (3) | 673,026 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 73 kes kematian pada 16 Jun 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang Penyakit |
4070 | Selangor | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Serdang | – |
4071 | Selangor | Perempuan (WN) | 66 | Hospital Serdang | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
4072 | Selangor | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan buah pinggang kronik |
4073 | Selangor | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Kajang | Darah tinggi dan tiroid |
4074 | Selangor | Lelaki (WN) | 52 | Hospital Selayang | – |
4075 | Sarawak | Lelaki (WN) | 51 | Hospital Umum Sarawak, Kuching | – |
4076 | Selangor | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Ampang | Kencing manis dan darah tinggi |
4077 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 49 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan asma |
4078 | Selangor | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Ampang | Kencing manis dan darah tinggi |
4079 | Selangor | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Kajang | Kencing manis dan dislipidemia |
4080 | Kedah | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Kencing manis |
4081 | Melaka | Perempuan (WN) | 65 | Hospital Melaka | Kencing manis dan darah tinggi |
4082 | Selangor | Perempuan (WN) | 71 | Hospital Selayang | – |
4083 | Melaka | Lelaki (WN) | 61 | Hospital Melaka | Darah tinggi |
4084 | Selangor | Perempuan (WN) | 60 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi dan dislipidemia |
4085 | Selangor | Perempuan (WN) | 75 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Kencing manis dan darah tinggi |
4086 | Selangor | Perempuan (WN) | 47 | Hospital Sungai Buloh | Obesiti |
4087 | Kelantan | Perempuan (WN) | 57 | Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai | Kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik |
4088 | Selangor | Perempuan (WN) | 71 | Hospital Serdang | Kencing manis |
4089 | Selangor | Perempuan (WN) | 59 | Hospital Serdang | Kencing manis |
4090 | Selangor | Perempuan (WN) | 84 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi dan dislipidemia |
4091 | WP Labuan | Perempuan (WN) | 92 | Jenazah dibawa ke Hospital Labuan | Darah tinggi dan dislipidemia |
4092 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 51 | Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur | Darah tinggi |
4093 | Johor | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat | Kencing manis, darah tinggi, dan hati |
4094 | Selangor | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Serdang | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
4095 | Selangor | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | – |
4096 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 97 | Hospital Rehabilitasi Cheras | – |
4097 | Johor | Perempuan (WN) | 90 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Darah tinggi dan dislipidemia |
4098 | Sarawak | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Umum Sarawak, Kuching | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik |
4099 | Selangor | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik |
4100 | Selangor | Perempuan (WN) | 57 | Hospital Selayang | Asma |
4101 | Selangor | Lelaki (WN) | 34 | Hospital Shah Alam | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
4102 | Selangor | Lelaki (WN) | 80 | Hospital Serdang | – |
4103 | Selangor | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Serdang | – |
4104 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis dan darah tinggi |
4105 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
4106 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 20 | Hospital Tampin | Obesiti |
4107 | Selangor | Perempuan (WN) | 70 | Hospital Serdang | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
4108 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 60 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
4109 | Sabah | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Tawau | Darah tinggi dan dislipidemia |
4110 | Kedah | Perempuan (WN) | 75 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik |
4111 | Selangor | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Serdang | Kencing manis |
4112 | Sarawak | Lelaki (WN) | 68 | Jenazah dibawa ke Hospital Umum Sarawak, Kuching | Kencing manis |
4113 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 94 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Salur darah |
4114 | Melaka | Lelaki (WN) | 53 | Jenazah dibawa ke Hospital Jasin | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti |
4115 | Selangor | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis |
4116 | Sarawak | Lelaki (WN) | 76 | Jenazah dibawa ke Hospital Bau | Tuberkulosis |
4117 | Sarawak | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Mukah | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
4118 | Sarawak | Lelaki (WN) | 46 | Jenazah dibawa ke Hospital Umum Sarawak, Kuching | Kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik |
4119 | Pahang | Perempuan (WN) | 70 | Hospital Jempol | Kencing manis dan darah tinggi |
4120 | Selangor | Lelaki (WN) | 46 | Hospital Ampang | Obesiti |
4121 | Selangor | Lelaki (WN) | 64 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan buah pinggang kronik |
4122 | Selangor | Perempuan (WN) | 56 | Hospital Serdang | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
4123 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 83 | Hospital Kuala Lumpur | Kencing manis, darah tinggi, dan jantung |
4124 | Johor | Perempuan (WN) | 92 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Darah tinggi dan strok |
4125 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Kencing manis, dislipidemia, dan tiroid |
4126 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Dislipidemia dan jantung |
4127 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 54 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti |
4128 | Kedah | Perempuan (WN) | 53 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
4129 | Kedah | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Kencing manis |
4130 | Kedah | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Sik | – |
4131 | Pahang | Lelaki (WN) | 83 | Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh | Darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
4132 | Selangor | Perempuan (BWN) | 55 | Hospital Ampang | Darah tinggi |
4133 | Selangor | Lelaki (BWN) | 56 | Hospital Kajang | – |
4134 | WP Labuan | Lelaki (BWN) | 69 | Hospital Labuan | Kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
4135 | Sabah | Perempuan (BWN) | 55 | Hospital Tawau | Kencing manis dan jantung |
4136 | WP Labuan | Lelaki (BWN) | 49 | Jenazah dibawa ke Hospital Labuan | – |
4137 | WP Labuan | Perempuan (BWN) | 38 | Jenazah dibawa ke Hospital Labuan | – |
4138 | Selangor | Perempuan (BWN) | 47 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | Kencing manis dan darah tinggi |
4139 | Sabah | Perempuan (BWN) | 75 | Hospital Tawau | – |
4140 | Selangor | Perempuan (BWN) | 51 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Kencing manis |
4141 | Selangor | Perempuan (BWN) | 47 | Hospital Serdang | – |
4142 | Kedah | Lelaki (BWN) | 48 | Hospital Baling | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 5,150 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 1,914 | 268 | 1,040 | – | 606 |
NEGERI SEMBILAN | 607 | 79 | 327 | – | 201 |
SARAWAK | 570 | 36 | 446 | – | 88 |
WP KUALA LUMPUR | 480 | 35 | 242 | 3 | 200 |
JOHOR | 392 | 109 | 204 | – | 79 |
KELANTAN | 230 | 15 | 171 | – | 44 |
KEDAH | 228 | 62 | 98 | – | 68 |
SABAH | 184 | 50 | 106 | – | 28 |
MELAKA | 152 | 49 | 81 | – | 22 |
WP LABUAN | 101 | 15 | 41 | – | 45 |
PULAU PINANG | 99 | 35 | 42 | – | 22 |
PERAK | 66 | 33 | 17 | – | 16 |
PAHANG | 57 | 16 | 28 | – | 13 |
TERENGGANU | 56 | 5 | 41 | – | 10 |
PERLIS | 8 | – | 8 | – | – |
WP PUTRAJAYA | 6 | – | 6 | – | – |
JUMLAH KESELURUHAN | 5,150 | 807 | 2,898 | 3 | 1,442 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 16 JUN 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring |
1 | Tapak Bina Jalan Gamuda Satu | Tempat Kerja | Selangor | Gombak | 20 | 118 |
2 | Industri Serendah Indah | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor dan Gombak | 56 | 100 |
3 | Industri Jalan SS 13 | Tempat Kerja | Selangor | Petaling, Gombak, Hulu Langat, Klang, dan Kuala Langat | 148 | 1,427 |
4 | Industri Cheras Jalan Tiga | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Langat | 33 | 262 |
5 | Jalan Tanjung Kidurong Tiga | Tempat Kerja | Sarawak | Bintulu | 33 | 102 |
6 | Jalan Wawasan Empat | Tempat Kerja | Johor | Batu Pahat | 10 | 16 |
7 | Jalan Song Ban Kheng | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 6 | 28 |
8 | Jalan Tun Fatimah | Tempat Kerja | Melaka | Melaka Tengah | 31 | 465 |
9 | Solok Perusahaan Satu | Tempat Kerja | Pulau Pinang dan Kedah | Seberang Perai Tengah dan Kulim | 7 | 52 |
10 | Jalan Intan | Tempat Kerja | Perak | Hulu Perak dan Kinta | 20 | 53 |
11 | Gran Stumbin | Komuniti | Sarawak | Sri Aman | 82 | 620 |
12 | Jalan Bintulu – Tatau | Komuniti | Sarawak | Bintulu | 24 | 151 |
13 | Kionsom Kecil | Komuniti | Sabah | Kota Kinabalu | 40 | 86 |
14 | Lorong Tembun | Komuniti | Negeri Sembilan | Jelebu | 22 | 25 |
15 | Sri Purnama | Komuniti | Kelantan | Pasir Puteh | 17 | 29 |
16 | Jalan Lima Ampang Utama | Kumpulan Berisiko Tinggi | Selangor | Hulu Langat | 15 | 22 |
17 | Jalan Dayang | Kumpulan Berisiko Tinggi | Selangor | Hulu Langat | 8 | 18 |
18 | Jalan Hujan Bubuk | Kumpulan Berisiko Tinggi | WP Kuala Lumpur | Lembah Pantai | 12 | 34 |
19 | Jalan Mentahak | Kumpulan Berisiko Tinggi | Johor | Johor Bahru | 6 | 45 |