Translate

09 June 2021

PTPTN: Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Dilanjut Tiga Bulan Lagi

Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.

PTPTN: Penangguhan bayaran balik pinjaman dilanjut tiga bulan lagi

BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Jun -- Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan lagi kepada peminjam yang layak.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata keputusan diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19 serta belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman.

“Peminjam yang terkesan boleh mengemukakan permohonan melalui portal rasmi PTPTN mulai 10 Jun hingga 31 Ogos dan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noraini berkata butiran berkenaan pelaksanaan pelanjutan penangguhan bayaran balik pinjaman itu akan diperincikan PTPTN dan berharap pengumuman itu dapat membantu meringankan beban yang ditanggung peminjam.

Sebelum ini kerajaan menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Dis 2020 kepada semua peminjam dan kemudian memberi penangguhan khas bayaran balik kepada peminjam yang terkesan selama tiga bulan dari Januari hingga Mei 2021.

Sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi talian Careline PTPTN di 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 1 hr ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 2 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 3 hrs 18 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pelabur asing jual ekuiti dalam pasaran Asia berju' 3 hrs 47 mins ago