'Pasar raya pelacur' Jalan Pasar Pudu, digempur polis
Harian Metro
Polis menahan 12 wanita warga asing disyaki pelacur dan tujuh lelaki yang berfungsi sebagai 'ulat' bagi mencari pelanggan khidmat seks untuk wanita asing terbabit di sebuah pangsapuri di Jalan Pasar Pudu, di sini, petang semalam.
Di lobi ini pelanggan akan memilih wanita yang diinginkan mereka berdasarkan harga yang ditawarkan ulat sebelum dibawa bertemu dengan wanita yang bersesuaian di unit kediaman di tingkat enam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata ketika serbuan jam 6 petang itu, pihaknya terpaksa memecah masuk empat unit kediaman selepas wanita asing terbabit menyedari kehadiran polis.
Katanya, ketika serbuan, ada antara wanita terbabit sanggup merisikokan nyawa dengan keluar dan bersembunyi di luar tingkat kediamannya bagi mengelak ditahan polis, selain ada yang bersembunyi di atas tangki air dan ruang bawah tilam bersaiz besar.

Source: Harian Metro YouTube