Translate

08 June 2021

Maklumkan Tentang Warga Emas Tinggal Bersendirian Kepada Talian Kasih - Rina

Datuk Seri Rina Harun 

Maklumkan tentang warga emas tinggal bersendirian kepada Talian Kasih - Rina

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun meminta anak-anak, waris atau orang ramai yang mengetahui tentang warga emas tinggal bersendirian agar memaklumkan hal itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membolehkan pemantauan.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelakkan kejadian sama seperti yang menimpa dua warga emas yang ditemukan meninggal dunia tanpa disedari di Pasir Gudang pada Ahad lepas berulang.

Katanya maklumat berkenaan boleh disalurkan melalui Talian Kasih 15999 atau menerusi aplikasi WhatsApp di talian 019-2615999.

"Kita boleh gerakkan sukarelawan untuk memantau keadaan mereka dan JKM boleh turun untuk buat pemantauan," katanya kepada pemberita selepas program Edaran Bakul Prihatin Titiwangsa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) di sini hari ini.

Berita mengenai pasangan suami isteri warga emas, masing-masing berusia 68 dan 61 tahun, yang ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor itu dilaporkan semalam.

Dalam perkembangan lain, Rina berkata pihak Talian Kasih turut menerima sebanyak 1,244 panggilan berkaitan keganasan rumah tangga setakat ini bagi tahun ini.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan polis serta Kementerian Kesihatan supaya kes seumpama itu tidak berterusan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '24 Maut, Kumpulan Bersenjata Serang Pelancong | BE' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Lelaki putus jari ditetak lima lelaki bersenjata p' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Pegawai Kewangan, Dua Pegawai Polis Antara E' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 2 hrs 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 4 hrs 25 mins ago