Translate

23 June 2021

Lori terbalik, 1 tan durian bertaburan di lebuh raya (Video)

Sebuah lori dengan muatan durian yang sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Segamat


Lori terbalik, 1 tan durian bertaburan di lebuh raya

BERNAMA

SEREMBAN, 23 Jun -- Sebuah lori dengan muatan durian yang sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Segamat, Johor terbalik dalam nahas di Kilometer (Km) 279.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) berhampiran Nilai, dekat sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira tujuh km dari kawasan rehat dan rawat (RnR) Seremban sekitar pukul 1.55 tengah hari.

“Kemalangan dikatakan berpunca apabila lori yang dipandu lelaki berumur 25 tahun itu hilang kawalan dipercayai selepas tayar belakang pada bahagian kiri kenderaan itu pecah sebelum terbabas dan terbalik di lorong kiri lebuh raya.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori dan kelindan berusia 52 tahun mengalami kecederaan ringan manakala buah durian yang dianggarkan seberat 1,000 kilogram (1 tan) bertaburan di atas jalan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman di bawah “Rule 10 LN 166/59”.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED