Translate

04 June 2021

Kenyataan Penuh Daripada DG Kesihatan



Kenyataan Akhbar KPK 4 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

4 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 4 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,624 kes (515,571 kes kumulatif, 85.5%);
  • Kes baharu : 7,748 kes (603,122 kes kumulatif);
  • Kes import : 2 kes (2 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 7,746 kes [6,721 warganegara (86.8%); 1,025 bukan warganegara (13.2%)];
  • Kes aktif : 84,369 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :883 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
  • Kes kematian : 86 kes (3,182 kes kumulatif, 0.53%; 83 warganegara, 3 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,284 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 23 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,593 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 691 kluster.

Sebanyak 86 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 20 kes di Selangor, 14 kes di Johor, 13 kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes diWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Sarawak, empat (4) kes di Kedah, masing-masing tiga (3) kes di Sabah, Melaka, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Pulau Pinang, masing-masing dua (2) kes di Kelantan dan Terengganu, serta satu (1) kes di Perlis.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 dijalankan secara berterusan. Dari 24 Mei 2021 hingga 4 Jun 2021, sebanyak 19 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang dilaporkan di mana kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu empat (4) kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351).

Kes baharu varian Delta (B.1.617.2) yang dahulunya dikenali sebagai varian India adalah sebanyak tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan dan satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan adalah jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan. Manakala satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan.

Bagi 15 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang dahulunya dikenali sebagai varian South Africa pula, sebanyak enam (6) kes dilaporkan di Johor, lima (5) kes di Kelantan serta masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu. Kesemua kes adalah merupakan jangkitan tempatan.

Sehingga 4 Jun 2021, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 138 kes.   Daripada jumlah yang dikesan tersebut,  122 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI.

Jumlah kes Variant of Concern (VOC) yang dilaporkan adalah seperti berikut, iaitu:

  • varian Beta (B.1.351);
  • varian Alpha (B.1.1.7); dan
  • varian Delta (B.1.617.2).

Variant of Interest (VOI) yang dilaporkan pula adalah seperti berikut, iaitu:

  • varian Theta (P.3);
  • varian Eta (B.1.525); dan
  • varian Kappa (B.1.617.1).

Untuk makluman, seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik ini. Oleh itu, amalan mengenali varian SARS-CoV-2 mengikut negara ianya mula ditemui akan dihentikan.

Jadual 1 : Kes-Kes Baharu Positif COVID-19 Varian VOC & VOI Tempatan dan Pengembara Luar Negara sehingga 4 Jun 2021

Varian/ NegeriVOC
Beta B.1.351Delta B.1.617.2Jumlah
Johor606
Kelantan505
WP Labuan033
WP Kuala Lumpur112
Terengganu101
Kedah101
Melaka101
Jumlah Keseluruhan15419

Jadual 2 : Bilangan Kes Positif COVID-19 Dengan VOC dan VOI Mengikut Negeri Sehingga 4 Jun 2021

Varian/ NegeriVOCVOIJumlah
Alpha B.1.1.7Beta B.1.351Delta B.1.617.2Kappa B.1.617.1Eta B.1.525Theta P.3
Johor718
Kedah88
Kelantan2323
Melaka11
Negeri Sembilan22
Perak1010
Perlis22
Pulau Pinang33
Sabah11
Sarawak711220
Selangor5342142
Terengganu11
WP Kuala Lumpur362213
WP Labuan44
Pahang
WP Putrajaya
Jumlah Keseluruhan910491312138

Jadual 3 : Bilangan Kes Positif COVID-19 dengan VOC dan VOI Mengikut Saringan/ Kluster Sehingga 4 Jun 2021

Saringan / KlusterVOCVOIJumlah
Alpha B.1.1.7Beta B.1.351Delta B.1.617.2Kappa B.1.617.1Eta B.1.525Theta P.3
Kluster – Bayan Cenderawasih66
Kluster – Blok D Jalan Pending11
Kluster – D’Lahar11
Kluster – Jalan Canning Estate1010
Kluster – Jalan Korma66
Kluster – Jalan Lima22
Kluster – Jalan Padang Tembak22
Kluster – Jalan Pokok Mangga11
Kluster – Kampung Bangkahulu11
Kluster – Kampung Baru Hilir 88
Kluster – Kampung Bunut Sarang Burung1010
Kluster – Kampung Domis77
Kluster – Kebun Baru99
Kluster – Layangan Labuan 44
Kluster – Lorong Megah Jaya1 1
Kluster – Skim Penempatan Stapok22
Kluster – Sri Tualang11
Kluster – Teknologi Emas33
Lain-lain saringan33
Sporadik – Saringan Kontak Rapat232337
Sporadik – SARI22
Sporadik – Saringan Bergejala1416
Sporadik – Saringan Kendiri 112
Sporadik – Saringan Pintu Masuk Antarabangsa5 31312
Sporadik – Saringan Pulang Dari Kawasan Berisiko Tinggi11
Sporadik – Saringan Tempat Kerja22
Sporadik – Pra Pembedahan 11
Jumlah Keseluruhan910491312138

KKM akan terus memantapkan aktiviti kawalan penyakit berjangkit termasuk meneruskan survelan genomik, memperbanyakkan ujian saringan COVID-19, melakukan pengesanan kontak dan pengasingan kes, serta langkah-langkah kesihatan awam lain bagi membendung penularan varian-varian ini dalam komuniti.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Jun 2021 @ 5:00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,612197,459
SABAH28763,306
WP KUALA LUMPUR851 (1)61,824
JOHOR446 (1)60,566
SARAWAK70649,920
PULAU PINANG37630,112
KELANTAN  28629,560
NEGERI SEMBILAN70928,573
PERAK37122,000
KEDAH26320,064
MELAKA23413,100
PAHANG14610,285
TERENGGANU2039,523
WP LABUAN2304,335
WP PUTRAJAYA201,964
PERLIS8531
JUMLAH KESELURUHAN7,748 (2)603,122

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 86 kes kematian pada 4 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)  Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
3097SelangorPerempuan (WN)66Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, asma, tiroid, dan dislipidemia
3098SelangorLelaki (WN)79Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKencing manis dan darah tinggi
3099PerakLelaki (WN)61Hospital Teluk IntanDarah tinggi dan dislipidemia
3100SelangorLelaki (WN)68Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi
3101PerakLelaki (WN)41Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohDarah tinggi
3102WP Kuala LumpurLelaki (WN)73Hospital SerdangKencing manis dan darah tinggi
3103SelangorPerempuan (WN)65Hospital Sungai BulohDarah tinggi
3104SabahPerempuan (WN)77Hospital TawauDarah tinggi dan dislipidemia
3105SarawakLelaki (WN)44Hospital Sibu
3106JohorPerempuan (WN)64Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis dan darah tinggi
3107SelangorLelaki (WN)66Hospital AmpangDarah tinggi
3108KedahPerempuan (WN)53Hospital SikKencing manis, darah tinggi, dan strok
3109MelakaLelaki (WN)80Hospital MelakaKencing manis, darah tinggi, dan paru-paru kronik
3110SelangorLelaki (WN)61Hospital SerdangKanser
3111SelangorLelaki (WN)84Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3112SarawakLelaki (WN)50Hospital Miri
3113Negeri SembilanPerempuan (WN)82Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi dan strok
3114KelantanPerempuan (WN)36Hospital Sultan Ismail Petra,             Kuala Krai
3115TerengganuPerempuan (WN)82Hospital SetiuKencing manisdarah tinggi
3116SelangorLelaki (WN)80Hospital Kuala LumpurDarah tinggi dan  dan jantung
3117SelangorLelaki (WN)75Subang Jaya Medical CentreDarah tinggi
3118JohorPerempuan (WN)71Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
3119JohorLelaki (WN)61Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi dan obesiti
3120Negeri SembilanPerempuan (WN)86Hospital TampinStrok
3121Negeri SembilanLelaki (WN)70Hospital TampinKencing manis
3122WP LabuanLelaki (WN)53Hospital LabuanDarah tinggi dan dislipidemia
3123Pulau PinangLelaki (WN)74Hospital Pulau PinangKencing manis dan darah tinggi
3124PahangPerempuan (WN)73Hospital Sultan Ahmad Shah, TemerlohStrok dan dislipidaemia
3125MelakaPerempuan (WN)73Hospital MelakaDarah tinggi dan jantung
3126PahangLelaki (WN)72Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
3127WP LabuanPerempuan (WN)26Hospital Labuan
3128PerlisPerempuan (WN)81Hospital Tuanku Fauziah, PerlisDarah tinggi
3129JohorPerempuan (WN)70Hospital Segamat
3130JohorLelaki (WN)58Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
3131KelantanLelaki (WN)67Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianKencing manis, buah pinggang kronik, dan strok
3132Negeri SembilanLelaki (WN)36Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3133SelangorPerempuan (WN)79Hospital SerdangKencing manis
3134SelangorPerempuan (WN)83Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi, strok, dan jantung
3135Pulau PinangPerempuan (WN)78Hospital Kepala BatasKencing manis, darah tinggi, jantung, dan kanser
3136JohorPerempuan (WN)54Hospital Sultan Ismail, Johor BahruKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan hati
3137KedahPerempuan (WN)68Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniKencing manis dan darah tinggi
3138KedahLelaki (WN)62Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarStrok dan dislipidemia
3139MelakaLelaki (WN)53Hospital MelakaDarah tinggi dan dislipidemia
3140WP LabuanLelaki (WN)55Hospital LabuanDarah tinggi
3141WP Kuala LumpurPerempuan (WN)48Hospital Kuala LumpurPenyakit jantung
3142JohorLelaki (WN)71Hospital Sultanah Aminah,           Johor BahruPenyakit sumsum tulang
3143JohorLelaki (WN)41Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi dan buah pinggang kronik
3144SarawakLelaki (WN)70Hospital Umum Sarawak, KuchingDarah tinggi, jantung, dan dislipidemia
3145SelangorPerempuan (WN)77Hospital Sungai Buloh
3146JohorLelaki (WN)66Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dan obesiti
3147JohorLelaki (WN)58Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruDarah tinggi
3148Pulau PinangLelaki (WN)73Gleaneagles Pulau PinangDarah tinggi, dan dislipidemia
3149PerakLelaki (WN)87Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohKencing manis,            paru-paru kronik, dan dislipidemia
3150PahangLelaki (WN)69Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanKencing manis dan darah tinggi
3151SelangorPerempuan (WN)82Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi dan jantung
3152WP Kuala LumpurPerempuan (WN)101Hospital Kuala Lumpur
3153Negeri SembilanPerempuan (WN)83Hospital TampinDarah tinggi
3154SabahLelaki (WN)71Jenazah dibawa ke Hospital TawauKencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
3155WP Kuala LumpurPerempuan (WN)90Hospital Kuala LumpurDarah tinggi dan jantung
3156SarawakLelaki (WN)49Jenazah dibawa ke Hospital SibuStrok
3157SarawakLelaki (WN)56Jenazah dibawa ke Hospital Sri AmanDarah tinggi, dislipidemia, dan paru-paru kronik
3158KedahPerempuan (WN)36Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
3159TerengganuLelaki (WN)52Hospital Sultanah Nur Zahirah,          Kuala Terengganu
3160SelangorLelaki (WN)73Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
3161SelangorLelaki (WN)77Hospital AmpangKencing manis,             darah tinggi, dan dislipidemia,
3162SelangorLelaki (WN)32Hospital AmpangKencing manis, dan buah pinggang kronik
3163SelangorLelaki (WN)78Hospital AmpangPenyakit paru-paru dan darah tinggi
3164SelangorLelaki (WN)77Hospital Ampang
3165WP Kuala LumpurLelaki (WN)74Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
3166WP Kuala LumpurPerempuan (WN)71Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan kanser
3167WP Kuala LumpurLelaki (WN)69Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, dan strok
3168JohorLelaki (WN)64Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
3169JohorPerempuan (WN)101Hospital Sultanah Aminah,           Johor BahruPenyakit jantung, darah tinggi, dan dislipidaemia
3170JohorLelaki (WN)73Hospital Sultanah Aminah,                 Johor Bahru
3171JohorPerempuan (WN)69Hospital Sultan Ismail, Johor BahruDarah tinggi
3172Negeri SembilanPerempuan (WN)63Hospital TampinKencing manis, darah tinggi, dan jantung
3173Negeri SembilanLelaki (WN)71Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
3174Negeri SembilanPerempuan (WN)87Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi, dislipidemia
3175Negeri SembilanLelaki (WN)78Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, asma, jantung, dan buah pinggang kronik
3176Negeri SembilanLelaki (WN)74Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3177Negeri SembilanLelaki (WN)68Hospital JelebuDarah tinggi dan strok
3178Negeri SembilanLelaki (WN)56Hospital Tuanku Jaafar, SerembanDarah tinggi
3179Negeri SembilanPerempuan (WN)47Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis dan darah tinggi
3180SelangorLelaki (BWN)88Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangDarah tinggi
3181SabahPerempuan (BWN)84Jenazah dibawa ke Hospital Tawau
3182SelangorPerempuan (BWN)46Jenazah dibawa ke Hospital Ampang

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 7,748 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,6122011,773638
WP KUALA LUMPUR851645011285
NEGERI SEMBILAN709282261166
SARAWAK70639557110
JOHOR446130244171
PULAU PINANG376115120141
PERAK37114219732
SABAH28718152117
KELANTAN2863618070
KEDAH263918470
MELAKA2345711463
WP LABUAN2306358109
TERENGGANU2034214021
PAHANG146467822
WP PUTRAJAYA207121
PERLIS853
JUMLAH KESELURUHAN7,7481,2514,57621,919

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 4 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Persiaran CamelliaTempat KerjaSelangorHulu Selangor1450
2Jalan Sungai BakauTempat KerjaSelangorGombak dan klang42120
3Industri Sungai BulohTempat KerjaSelangorKuala Selangor dan Petaling3237
4Tapak Bina  Desa BaktiTempat KerjaWP Kuala LumpurKepong dan Lembah Pantai2848
5Industri Persiaran Bunga Tanjung DuaTempat KerjaNegeri SembilanSeremban dan Rembau27465
6Jalan Tampin – GemasTempat KerjaNegeri SembilanTampin44203
7Industri Jalan Senawang TigaTempat KerjaNegeri SembilanSeremban53358
8Jalan Keluli TigaTempat KerjaJohorJohor Bahru2795
9Jalan Bandar BaruTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Selatan51198
10Jalan Jelapang 2Tempat KerjaPerakKinta, Perak Tengah, dan            Kuala Kangsar2861
11Jalan Tanjung MachangTempat KerjaKelantanMachang1552
12Pasar Borong JengkaTempat KerjaPahangMaran1978
13BunutKomunitiSarawakMukah dan Sibu35170
14PulutanKomunitiSabahNabawan11110
15Dah FajarKomunitiKedahPadang Terap2479
16Dah RimbaKomunitiKedahSik, Kulim, Kuala Muda, dan Baling35183
17Alor SerdangKomunitiTerengganuSetiu, Besut, dan Dunggun58244
18Gunung SenyumKomunitiPahangTemerloh1479
19Jengka Dua PuluhKomunitiPahangMaran dan Jerantut1965
20Taman Seremban JayaKeagamaanNegeri SembilanSeremban4878
21Jalan Alor Gajah LamaKeagamaanMelakaAlor Gajah dan Melaka Tengah2673
22Persiaran MercuPendidikan TinggiSelangorHulu Langat48407
23Putra Enam BelasInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPMWP Putrajaya dan SelangorPutrajaya, Petaling dan Sepang8105
 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED