Translate

07 June 2021

Kadar Kebolehjangkitan COVID-19, R-Naught Menurun Ke Bawah 1.0 (Video)

Daily Estimated


R- Naught

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 menurun selama dua minggu


Astro Awani

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan selama dua minggu berturut-turut.

Angka itu susut ke 0.99 pada Ahad berbanding 1.00 hari sebelumnya.

Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.36.

Ini diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.

Seterusnya Putrajaya, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sarawak dan Terengganu.

Kelantan, Kedah dan Perlis merupakan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0

Sebanyak 13 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.


FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kadar-kebolehjangkitan-covid19-menurun-selama-dua-




Daily Estimated

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED