Translate

25 June 2021

Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang ke 27 berkuatkuasa hari ini.




Mazlan Lazim dilantik Timbalan Ketua Polis Negara - Hamzah
ASTRO AWANI

Mazlan sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dan Timbalan Ketua Polis Kelantan. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang ke 27 berkuatkuasa hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam sidang media sesi penyerahan surat perlantikan Timbalan Ketua Polis Negara di Pejabat Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat.

Pelantikan itu sekaligus melengkapkan barisan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas pelantikan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Achryl Sani Abdullah Sani pada tiga Mei lalu.


Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara menjadi kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis Negara bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang bersara.

Mazlan sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur dan Timbalan Ketua Polis Kelantan.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED