Translate

25 June 2021

Covid-19 Malaysia | New Deaths - 82 | New Cases - 5,812 | Recovered- 6,775 | Active Cases- 60,117 | 25 June 2021


Kenyataan Akhbar KPK 25 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,775 kes (657,739 kes kumulatif, 91.0%);
  • Kes baharu : 5,812 kes (722,659 kes kumulatif);
  • Kes import : 32 kes (17 warganegara, 15 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,780 kes [4,214 warganegara (72.9%); 1,566 bukan warganegara (27.1%)];
  • Kes aktif : 60,117 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 870 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 433 kes;
  • Kes kematian : 82 kes (4,803 kes kumulatif, 0.66%; 71 warganegara, 11 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 2,741 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 21 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,868 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 873 kluster.

Sebanyak 82 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 31 kes di Selangor, 18 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lapan (8) kes di Johor, lima (5) kes diNegeri Sembilan, empat (4) kes di Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, Pahang, dan Kedah, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Perak, dan Melaka.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

INISIATIF PERKHIDMATAN KESIHATAN MENTAL DAN SOKONGAN PSIKOSOSIAL (MHPSS) KKM

Sepanjang pandemik COVID-19, terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlaku, masyarakat sememangnya terkesan dari segi emosi dan kesihatan mental. Tekanan tidak hanya dialami oleh kakitangan di sektor awam dan petugas kesihatan atau frontliners, tetapi tekanan turut dirasai oleh golongan lain dalam kalangan masyarakat.

Talian Bantuan Sokongan Psikososial yang diwujudkan semenjak 25 Mac 2020 mendapati, kebanyakan pemanggil memerlukan sokongan emosi dan juga kaunseling. Daripada 1 Januari 2021 sehingga 18 Jun 2021, Talian Bantuan Sokongan Psikososial telah menerima sebanyak 122,328 panggilan. Daripada jumlah tersebut sebanyak 109,806 panggilan (89.4 peratus) adalah berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial seperti;

  • Kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan;
  • Hilang tempat bergantung;
  • Pergaduhan antara ahli keluarga; dan
  • Masalah rumahtangga (pertengkaran, perpisahan, 

penceraian), penderaan (emosi dan fizikal).

Jadual 1: Jumlah Panggilan yang diterima oleh Talian Bantuan Sokongan Psikososial

Dari 1 Januari 2021 Sehingga 18 Jun 2021

No.KategoriKumulatif Jumlah PanggilanPeratus
1Sokongan emosi/ Kaunseling109,38889.42%
2Maklumat berkenaan COVID-196,1635.04%
3Isu perhubungan kekeluargaan2,6602.17%
4Aduan umum2,5262.06%
5Keperluan / Bantuan asas4530.37%
6Kerohanian4460.36%
7Isu kesihatan4370.36%
8Penjagaan anak990.08%
9Psikiatri680.06%
10Bantuan kewangan590.05%
11Keganasan/ Keganasan domestik290.02%
 Jumlah Keseluruhan122,328100.00%

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewujudkan beberapa inisiatif dalam menangani gejala tekanan yang dihadapi berikut seperti:

a)     Bekerjasama dengan MERCY Malaysia dalam memberikan perkhidmatan talian bantuan sokongan psikososial yang berpusat di CPRC, KKM sejak 25 Mac 2020. Talian ini dikendalikan oleh pegawai psikologi kaunseling KKM serta dibantu oleh sukarelawan pegawai psikologi agensi-agensi lain dan NGO.

b)     KKM juga bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan mewujudkan talian bantuan masing-masing iaitu KSK Care (JAKIM) dan Talian KASIH.

c)     Manakala di peringkat lapangan seperti hospital dan klinik kesihatan, Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial atau MHPSS (Mental Health Psychosocial Support Service) turut disediakan untuk kumpulan sasar iaitu;

  • Person Under Surveillance (PUS) di Stesen Kuarantin dan di rumah;
  • Pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke hospital / PKRC;
  • Petugas kesihatan yang bertugas dalam menangani pandemik COVID-19 di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah;
  • Petugas daripada agensi lain yang terlibat dalam mengendalikan pandemik COVID-19; dan
  • Ahli keluarga kepada individu yang meninggal akibat COVID-19; dan
  • Perkhidmatan kepakaran psikiatri oleh para pakar. Mereka juga melaporkan peningkatan jumlah pesakit yang datang mendapatkan konsultasi.

Perkhidmatan MHPSS yang dilaksanakan adalah:

  • Pendidikan kesihatan mental atau Psychoeducation     melalui web chat/ messenger dan QR Code;
  • Saringan kesihatan mental yang diedarkan kepada    petugas kesihatan / PUI / PUS melalui borang google link
  • Melaksanakan sesi Psychological First Aid (PFA) secara   individuatau berkumpulan kepada petugas kesihatan;
  • Menjalankan PFA melalui tele-kaunseling kepada pesakit        dan petugas yang disyaki menghidap Covid-19 dan yang        berisiko di hospital dan Stesen Kuarantin seluruh negara;
  • Memberikan sokongan emosi, sokongan psikososial,      psiko-spiritual dan Grief Counseling kepada keluarga   pesakit Covid-19 yang meninggal dunia;
  • Melaksanakan intervensi kaunseling yang bersesuaian     kepada petugas kesihatan dan pesakit serta ahli keluarga       mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19; dan
  • Menyampaikan maklumat mengenai psikologi dan emosi         berkaitan kesan COVID-19 dan Perintah Kawalan    Pergerakan melalui pelbagai media seperti TV, radio serta         melalui maya iaitu Zoom dan Skype.
  • KKM turut melaksanakan sesi webinar kepada    masyarakat tentang topik kesihatan mental yang berkait         rapat dengan tekanan semasa pandemik COVID-19. Sesi         ini dikendalikan oleh pakar-pakar psikiatri, pegawai         psikologi (klinikal dan kaunseling) dari hospital-hospital      serta kaunselor dari Persatuan PERKAMA International.

KKM ingin menasihatkan masyarakat mengenai beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan impak psikologikal seperti berikut:

  • Mengenal pasti punca kebimbangan dengan mendapatkan maklumat yang tepat dan betul;
  • Elakkan stigma serta melabel secara negatif mereka yang dijangkiti COVID-19 kerana boleh menimbulkan diskriminasi serta menghalang orang ramai untuk mendapatkan saringan dan rawatan;
  • Memastikan penjagaan diri yang baik bagi mengekalkan tahap kecergasan yang optima serta mendapat ketenangan jiwa;
  • Memastikan komunikasi berterusan dengan keluarga dan rakan walaupun terpaksa dikuarantin di mana ia boleh dilakukan secara atas talian atau media sosial;
  • Segeralah mendapatkan khidmat kaunseling jika perlu kerana sokongan emosi serta mental adalah amat penting; dan
  • Sentiasa peka terhadap perubahan diri serta individu yang memerlukan sokongan, disamping mengamalkan sikap saling bantu membantu.

Kesimpulannya, impak psikologi perlu diberi perhatian dalam menghadapi ancaman wabak COVID-19 ini. Umum mengetahui bahawa perasaan cemas, gemuruh serta sedih ketika menghadapi tekanan adalah sebahagian dari kehidupan terutamanya ketika berhadapan pandemik COVID-19 ini. Namun keadaan tekanan ini akan menjadi masalah jika ianya berpanjangan atau menjejaskan fungsi harian individu terbabit. Segeralah dapatkan penilaian psikiatri jika ini berlaku. Perlu diingatkan bahawa kesihatan mental adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal serta pencegahan pada peringkat awal dapat membantu.

KKM mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu misalnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Majlis Agama, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di lapangan. KKM berharap lebih banyak lagi bantuan boleh diberikan kepada KKM dan NGO yang berhempas pulas menangani isu kesihatan mental ini. Diharapkan ianya dapat membantu meringankan beban masyarakat dalam menghadapi pandemik COVID-19 ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Jun 2021 @ 6:30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR2,187 (21)237,307
WP KUALA LUMPUR771 (11)73,967
JOHOR19669,370
SABAH15668,388
SARAWAK67362,820
NEGERI SEMBILAN65841,665
KELANTAN9834,184
PULAU PINANG27033,863
PERAK7225,541
KEDAH18624,250
MELAKA22317,022
PAHANG13912,757
TERENGGANU4611,092
WP LABUAN1237,630
WP PUTRAJAYA142,223
PERLIS0580
JUMLAH KESELURUHAN5,812 (32)722,659

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 82 kes kematian pada 25 Jun 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang Penyakit
4722WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Hospital Kuala LumpurDarah tinggi, dislipidemia, dan strok
4723SelangorPerempuan (WN)61Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4724SelangorPerempuan (WN)34Hospital Kuala LumpurObesiti
4725SelangorLelaki (WN)50Hospital Serdang
4726WP Kuala LumpurPerempuan (WN)67Hospital Sungai BulohKencing manis
4727PahangPerempuan (WN)60Hospital JempolDarah tinggi dan jantung
4728WP LabuanLelaki (WN)58Hospital LabuanKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4729WP Kuala LumpurLelaki (WN)78Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
4730WP Kuala LumpurLelaki (WN)38Hospital Angkatan Tentera Tuanku MizanJantung
4731KelantanPerempuan (WN)75Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang KerianKencing manis
4732WP Kuala LumpurLelaki (WN)37Hospital Kuala LumpurKencing manis
4733WP Kuala LumpurPerempuan (WN)69Hospital Sungai BulohDarah tinggi dan jantung
4734SarawakLelaki (WN)80Hospital Umum Sarawak, KuchingDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4735SelangorLelaki (WN)71Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4736KelantanLelaki (WN)73Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiDarah tinggi
4737PahangLelaki (WN)58Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohDislipidemia
4738SelangorLelaki (WN)43Hospital Sungai BulohDarah tinggi
4739WP Kuala LumpurPerempuan (WN)57Hospital Kuala LumpurKanser
4740SelangorPerempuan (WN)64Jenazah dibawa ke Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4741WP Kuala LumpurLelaki (WN)88Hospital Rehabilitasi CherasDislipidemia dan kanser
4742WP Kuala LumpurPerempuan (WN)76Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
4743Negeri SembilanPerempuan (WN)84Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala PilahKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4744Negeri SembilanPerempuan (WN)64Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala PilahKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
4745SelangorPerempuan (WN)76Hospital Sungai BulohDarah tinggi
4746WP Kuala LumpurLelaki (WN)80Hospital Kuala LumpurKencing manis dan darah tinggi
4747SelangorLelaki (WN)89Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, paru-paru kronik, dan buah pinggang kronik
4748SelangorLelaki (WN)69Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4749WP Kuala LumpurPerempuan (WN)59Hospital Sungai BulohAutoimmune
4750WP Kuala LumpurLelaki (WN)70Hospital Kuala LumpurBuah pinggang kronik
4751KedahLelaki (WN)66Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis, darah tinggi, dan tiroid
4752SelangorLelaki (WN)57Hospital Ampang
4753Negeri SembilanLelaki (WN)60Hospital Tuanku Jaafar, SerembanKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4754SelangorPerempuan (WN)54Hospital Sungai Buloh
4755SelangorPerempuan (WN)71Hospital Sungai BulohKencing manis dan darah tinggi
4756JohorPerempuan (WN)61Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarDarah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4757PerakLelaki (WN)80Jenazah dibawa ke Hospital Parit Buntar, Perak
4758KedahLelaki (WN)63Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarKencing manis, darah tinggi, dan jantung
4759SelangorPerempuan (WN)62Hospital Sungai BulohDarah tinggi
4760SelangorPerempuan (WN)55Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKanser
4761WP Kuala LumpurLelaki (WN)75Hospital Rehabilitasi CherasDarah tinggi
4762JohorPerempuan (WN)61Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4763JohorLelaki (WN)45Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
4764JohorPerempuan (WN)84Hospital SegamatParu-paru kronik
4765KedahPerempuan (WN)75Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani
4766SarawakLelaki (WN)54Jenazah dibawa ke Hospital MiriKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4767PahangLelaki (WN)55Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, TemerlohDarah tinggi
4768SarawakLelaki (WN)67Jenazah dibawa ke Borneo Medical Centre, MiriDarah tinggi
4769Pulau PinangLelaki (WN)64Hospital Kepala BatasKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
4770SelangorLelaki (WN)50Hospital AmpangKencing manis dan darah tinggi
4771WP Kuala LumpurPerempuan (WN)63Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan kanser
4772Negeri SembilanLelaki (WN)77Jenazah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala PilahKencing manis
4773SelangorLelaki (WN)80Hospital Shah AlamKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
4774WP Kuala LumpurPerempuan (WN)74Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasKencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
4775SelangorPerempuan (WN)74Hospital Slim River, PerakKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
4776SelangorPerempuan (WN)63Hospital KajangKencing manis dan darah tinggi
4777SelangorPerempuan (WN)69Hospital SerdangKencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan kanser
4778SelangorLelaki (WN)61Hospital SerdangJantung dan paru-paru kronik
4779SelangorPerempuan (WN)40Hospital Sungai BulohBuah pinggang kronik
4780SelangorLelaki (WN)30Hospital SerdangKanser
4781JohorLelaki (WN)59Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
4782Negeri SembilanPerempuan (WN)71Hospital AmpangKencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
4783SelangorPerempuan (WN)69Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4784SelangorLelaki (WN)69Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurDarah tinggi
4785SelangorPerempuan (WN)46Hospital Shah AlamDarah tinggi dan kanser
4786SelangorPerempuan (WN)24Hospital SelayangKencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
4787SelangorLelaki (WN)60Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangKencing manis dan darah tinggi
4788WP Kuala LumpurPerempuan (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital Kuala LumpurKencing manis, darah tinggi, tiroid, dan obesiti
4789JohorPerempuan (WN)69Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarKencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
4790SarawakPerempuan (WN)39Jenazah dibawa ke Hospital KapitKanser
4791WP LabuanLelaki (WN)61Jenazah dibawa ke Hospital LabuanEpilepsi
4792WP LabuanLelaki (WN)36Jenazah dibawa ke Hospital Labuan
4793WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)42Hospital Kuala Lumpur
4794JohorLelaki (BWN)61Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu PahatDarah tinggi
4795JohorLelaki (BWN)39Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
4796WP Kuala LumpurPerempuan (BWN)43Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
4797SelangorLelaki (BWN)53Jenazah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
4798SelangorLelaki (BWN)33Hospital Selayang
4799SelangorLelaki (BWN)51Jenazah dibawa ke Hospital BantingKanser
4800SabahPerempuan (BWN)64Jenazah dibawa ke Hospital TawauBuah pinggang kronik
4801MelakaLelaki (BWN)31Jenazah dibawa ke Hospital Alor Gajah
4802SelangorLelaki (BWN)40Hospital Serdang
4803Pulau PinangLelaki (BWN)41Jenazah dibawa ke Hospital Pulau Pinang

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

LAMPIRAN 3

Perincian 5,812 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,1873491,04821769
WP KUALA LUMPUR77142221711121
SARAWAK67322635790
NEGERI SEMBILAN658239224195
PULAU PINANG2702024028
MELAKA223819745
JOHOR 1964510744
KEDAH186627747
SABAH156308145
PAHANG  139675022
WP LABUAN123116349
KELANTAN9849409
PERAK72352314
TERENGGANU46201313
WP PUTRAJAYA14122
PERLIS
JUMLAH KESELURUHAN5,8121,8382,449321,493

Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

 
LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 25 JUN 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Tapak Bina Lebuh 2Tempat KerjaSelangorSepang28685
2Tapak Bina Jalan CityTempat KerjaSelangorSepang49510
3Industri Jalan Seruling 59Tempat KerjaSelangorKlang70178
4Industri SS Lapan DuaTempat KerjaSelangorPetaling115527
5Industri Jalan NortonTempat KerjaSelangorKuala Langat728
6Jalan Cyberia DuaTempat KerjaSelangorSepang dan Kuala Langat1329
7Industri Kilometer 17 RawangTempat KerjaSelangorGombak929
8Jalan Ampang Water Front DuaTempat KerjaSelangor dan WP Kuala LumpurHulu Langat, Gombak, dan Kepong3951
9Tapak Bina Jalan UtaraTempat KerjaWP Kuala LumpurLembah Pantai dan Cheras1668
10Tapak Bina Matahari 2Tempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa142220
11Jalan Taman Ibu KotaTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa1343
12Jalan Raja Muda MusaTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa964
13Jalan Nirwana DuaTempat KerjaMelakaMelaka Tengah2388
14Wakaf AikTempat KerjaKelantanBachok dan Kota Bharu1364
15Jalan Kampung JawaTempat KerjaPulau PinangTimur Laut dan Barat Daya14824
16Kailan TringkapTempat KerjaPahang dan PerakCameron Highlands dan Kinta1732
17Dah 11 Industri Sungai PetaniTempat KerjaKedahKuala Muda21149
18Jalan Kidurong LimaTempat KerjaSarawakBintulu dan Sebauh20116
19Pengkalan GelugorKomunitiTerengganuKuala Nerus dan Kuala Terengganu3190
20Jalan Laksamana IntanKomunitiPerakHilir Perak1464
21Kilometer 23 Puncak BorneoPusat TahananSarawakKuching65122






 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED