Kenyataan Akhbar KPK 21 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
21 JUN 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);
- Kes sembuh : 5,439 kes (633,624 kes kumulatif, 90.4%);
- Kes baharu : 4,611 kes (701,019 kes kumulatif);
- Kes import : 8 kes (4 warganegara, 4 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 4,603 kes [3,683 warganegara (80.0%); 920 bukan warganegara (20.0%)];
- Kes aktif : 62,918 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :880 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 452 kes;
- Kes kematian : 69 kes (4,477 kes kumulatif, 0.64%; 66 warganegara, 3 bukan warganegara);
- Jumlah kluster : 2,645 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,801 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 844 kluster.
Sebanyak 69 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 24 kes di Selangor, 11 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan (9) kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Johor,masing-masing empat (4) kes di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan, tiga (3) kes di Kedah, masing-masing dua (2) kes di Terengganu, Sabah, dan Sarawak, serta satu (1) kes di Melaka.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KES SPORADIK DAN KES TIDAK BERGEJALA COVID-19 TERUS MENINGKAT DI LEMBAH KLANG
Perintah Kawalan Pergerakan (Lockdown) mulai 1 Jun 2021 kini telah memasuki minggu ke tiga (3) di mana jumlah kes harian COVID-19 dilihat masih berada pada paras yang tinggi melebihi empat (4) ribu kes sehari. Kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi.
Dari 1 Januari 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-53/2020] hingga 19 Jun 2021 (ME ke-24/2021), Malaysia telah merekodkan sebanyak 578,105 kes COVID-19. Daripada jumlah tersebut sebanyak 398,846 kes (69.0 peratus) adalah kes sporadik di mana negeri tertinggi yang melaporkan kes sporadik adalah negeri Selangor dengan 151,725 kes (38.0 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 44,517 kes (11.2 peratus) dan diikuti oleh negeri Sarawak sebanyak 40,889 kes (10.3 peratus).
Kes-kes sporadik bermaksud kes-kes yang dikesan di dalam komuniti dan tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada. Kes-kes sporadik ini dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti, ataupun dari saringan kes bergejala. Apa yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan SOP dengan betul. Graf di bawah menunjukkan taburan kes sporadik dan kluster di Malaysia
Lembah Klang adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada WP Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, serta meliputi kawasan bandar dan bandaraya di negeri Selangor. Pada ME ke-24, Lembah Klang mencatatkan jumlah kes sporadik tertinggi di Malaysia. Tiga (3) daerah tertinggi melaporkan Daerah Petaling dengan 3,905 kes, Daerah Hulu Langat dengan 2,783 kes, dan Daerah Klang dengan 2,482 kes.
Rajah-rajah di atas menunjukkan taburan pemetaan kes sporadik dan kes kluster di kawasan Lembah Klang bagi ME ke-13 sehingga ME ke-24. Dapat dilihat dengan jelas pertambahan kes sporadik dan taburannya yang makin meluas dan ketara apabila dibandingkan dengan pemetaan sebelumnya. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang diumumkan pada 12 Mei 2021 (ME ke-19) dilihat telah berjaya mengawal peningkatan kes-kes kluster pada ME ke-24, namun kes-kes sporadik masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara (lihat graf 1).
PATUHI SARANAN “TINDAKAN KESIHATAN AWAM KENDIRI”
Implikasi kepada perkara di atas, kawasan Lembah Klang yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, bukan sahaja terdedah kepada bahaya banyak kes sporadik di dalam komuniti, malahan kebanyakan dari kes-kes COVID-19 ini tidak mempunyai gejala. Dengan erti kata lain, sukar bagi kita untuk mengetahui siapa yang mempunyai COVID-19 di kalangan kita. Oleh itu adalah sangat penting bagi semua pihak mengambil maklum perkara ini dan melindungi diri serta keluarga masing-masing daripada bahaya COVID-19.
Sehubungan itu, KKM ingin menyeru masyarakat untuk terus konsisten dalam mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengamalkan Tindakan Kesihatan Awam Kendiri sebagai salah satu langkah mendepani peningkatan kes-kes sporadik dan kes COVID-19 tidak bergejala khususnya di kawasan sesak dan berisiko tinggi.
Antara Tindakan Kesihatan Awam Kendiri yang boleh diambil oleh masyarakat adalah seperti berikut;
- Kekal duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar;
- Sekiranya perlu keluar, patuhilah arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN);
- Optimakan penggunaan teknologi komunikasi untuk kekal berhubung dengan sahabat-sahabat dan sanak-saudara;
- Gunakan perkhidmatan atas talian sekiranya perlu membuat sebarang pembelian;
- Jalani pemeriksaan segera sekiranya bergejala atau merupakan kontak kepada kes yang positif. Sekiranya didapati positif sama ada melalui ujian RT-PCR atau RTK Antigen, maklumkan kepada KKM melalui notifikasi kendiri (self-notification) di aplikasi MySejahtera atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. Bawa keputusan ujian dan hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) yang berdekatan di daerah/negeri anda untuk penilaian lanjut. Untuk senarai terkini CAC rujuk: http://covid-19.moh.gov.my/hotline ;
- Sekiranya dibenarkan untuk menjalani Home Surveilance Order (HSO), patuhilah segala peraturan. Jangan bercampur dengan ahli keluarga atau keluar dari rumah dalam tempoh ini. Anda berisiko menjangkiti orang lain. Sekiranya kesihatan anda merosot, hubungi perkhidmatan kecemasan dengan segera; dan
- Daftarkan diri anda dan ahli keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dalam membentuk imuniti kelompok.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
21 Jun 2021 @ 6:30 petang.
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 21 JUN 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,346 | 229,481 |
WP KUALA LUMPUR | 310 | 71,478 |
JOHOR | 314 (6) | 68,307 |
SABAH | 166 | 67,707 |
SARAWAK | 682 (2) | 60,482 |
NEGERI SEMBILAN | 437 | 38,964 |
KELANTAN | 219 | 33,705 |
PULAU PINANG | 84 | 33,131 |
PERAK | 453 | 25,206 |
KEDAH | 182 | 23,462 |
MELAKA | 205 | 16,205 |
PAHANG | 50 | 12,080 |
TERENGGANU | 18 | 10,953 |
WP LABUAN | 130 | 7,114 |
WP PUTRAJAYA | 15 | 2,172 |
PERLIS | 0 | 572 |
JUMLAH KESELURUHAN | 4,611 (8) | 701,019 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 69 kes kematian pada 21 Jun 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar Belakang Penyakit |
4409 | Sabah | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Tawau | Kencing manis |
4410 | Kelantan | Perempuan (WN) | 79 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Darah tinggi |
4411 | Selangor | Perempuan (WN) | 62 | Pusat Perubatan Subang Jaya | – |
4412 | Selangor | Lelaki (WN) | 42 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi |
4413 | Sabah | Lelaki (WN) | 31 | Hospital Tawau | Darah tinggi dan obesiti |
4414 | Selangor | Perempuan (WN) | 56 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi dan kencing manis |
4415 | Sarawak | Perempuan (WN) | 86 | Hospital Bintulu | – |
4416 | Selangor | Perempuan (WN) | 72 | Hospital Serdang | Darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik |
4417 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Kuala Lumpur | Darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
4418 | Terengganu | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu | Darah tinggi, kencing manis, buah pinggang kronik, dan kanser |
4419 | WP Labuan | Perempuan (WN) | 78 | Hospital Labuan | Darah tinggi, kencing manis, jantung, dan kanser |
4420 | Terengganu | Lelaki (WN) | 53 | Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu | – |
4421 | Selangor | Perempuan (WN) | 93 | Hospital Serdang | Kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik |
4422 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Rehabilitasi Cheras | – |
4423 | Johor | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Darah tinggi dan dislipidemia |
4424 | Sarawak | Lelaki (WN) | 78 | Hospital Sibu | – |
4425 | Johor | Lelaki (WN) | 81 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | – |
4426 | Johor | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Darah tinggi, kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik |
4427 | Kedah | Lelaki (WN) | 31 | Hospital Kulim | Obesiti |
4428 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 63 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia |
4429 | Selangor | Lelaki (WN) | 77 | Hospital Banting | – |
4430 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4431 | Selangor | Perempuan (WN) | 55 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4432 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Kuala Lumpur | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4433 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Rehabilitasi Cheras | Darah tinggi dan dislipidemia |
4434 | Johor | Perempuan (WN) | 92 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Darah tinggi |
4435 | Johor | Perempuan (WN) | 80 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | – |
4436 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi dan kencing manis |
4437 | Kelantan | Perempuan (WN) | 65 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu | Darah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang kronik, dan hati |
4438 | Kedah | Lelaki (WN) | 61 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Kencing manis |
4439 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Darah tinggi, kencing manis, jantung, dan strok |
4440 | Kelantan | Lelaki (WN) | 92 | Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai | Darah tinggi |
4441 | WP Labuan | Lelaki (WN) | 59 | Hospital Labuan | Darah tinggi |
4442 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 60 | Hospital Tampin | Darah tinggi dan kencing manis |
4443 | Selangor | Lelaki (WN) | 80 | Hospital Kuala Lumpur | Darah tinggi dan strok |
4444 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 38 | Hospital Jempol | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4445 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia |
4446 | Selangor | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4447 | Johor | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Darah tinggi, kencing manis, dan strok |
4448 | Johor | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4449 | Kelantan | Perempuan (WN) | 68 | Jenazah dibawa ke Hospital Pasir Mas | Buah pinggang dan obesiti |
4450 | Selangor | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia |
4451 | Selangor | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4452 | Selangor | Lelaki (WN) | 63 | Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | – |
4453 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Sungai Buloh | Darah tinggi, kencing manis, dan jantung |
4454 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 89 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | – |
4455 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 52 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4456 | Kedah | Perempuan (WN) | 54 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Kencing manis |
4457 | Selangor | Perempuan (WN) | 82 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, dislipidemia, dan jantung |
4458 | Selangor | Perempuan (WN) | 69 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4459 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 61 | Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah | Darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik |
4460 | Selangor | Perempuan (WN) | 59 | Hospital Kajang | Darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia |
4461 | Selangor | Perempuan (WN) | 78 | Hospital Selayang | Darah tinggi, kencing manis, dislipidemia, dan strok |
4462 | Selangor | Lelaki (WN) | 68 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4463 | Selangor | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Darah tinggi, kencing manis, strok, dan buah pinggang kronik |
4464 | Selangor | Lelaki (WN) | 51 | Hospital Selayang | Kencing manis, buah pinggang kronik, strok, dan kanser |
4465 | Selangor | Perempuan (WN) | 46 | Hospital Selayang | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4466 | Selangor | Lelaki (WN) | 34 | Jenazah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Obesiti |
4467 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 73 | Hospital Ampang | Darah tinggi, kencing manis, hati, jantung, dan buah pinggang kronik |
4468 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Ampang | Darah tinggi, kencing manis, strok, dan buah pinggang kronik |
4469 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 70 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | Darah tinggi dan dislipidemia |
4470 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 56 | Hospital Kuala Lumpur | Darah tinggi, kencing manis, dan buah pinggang kronik |
4471 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 28 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Obesiti |
4472 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 76 | Hospital Tuanku Jaafar, Seremban | Darah tinggi dan kencing manis |
4473 | Melaka | Perempuan (WN) | 45 | Jenazah dibawa ke Hospital Melaka | Obesiti |
4474 | WP Labuan | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Labuan | Darah tinggi dan kencing manis |
4475 | WP Labuan | Perempuan (BWN) | 52 | Hospital Labuan | Obesiti |
4476 | Selangor | Lelaki (BWN) | 36 | Jenazah dibawa ke Hospital Banting | – |
4477 | Selangor | Lelaki (BWN) | 61 | Hospital Selayang | Darah tinggi, kencing manis, dan dislipidemia |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara
LAMPIRAN 3
Perincian 4,611 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Jun 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN |
SELANGOR | 1,346 | 199 | 719 | – | 428 |
SARAWAK | 682 | 191 | 408 | 2 | 81 |
PERAK | 453 | 405 | 40 | – | 8 |
NEGERI SEMBILAN | 437 | 82 | 254 | – | 101 |
JOHOR | 314 | 130 | 143 | 6 | 35 |
WP KUALA LUMPUR | 310 | 36 | 146 | – | 128 |
KELANTAN | 219 | 110 | 78 | – | 31 |
MELAKA | 205 | 112 | 75 | – | 18 |
KEDAH | 182 | 59 | 90 | – | 33 |
SABAH | 166 | 56 | 76 | – | 34 |
WP LABUAN | 130 | 6 | 77 | – | 47 |
PULAU PINANG | 84 | 55 | 6 | – | 23 |
PAHANG | 50 | 25 | 20 | – | 5 |
TERENGGANU | 18 | 4 | 13 | – | 1 |
WP PUTRAJAYA | 15 | – | 12 | – | 3 |
PERLIS | – | – | – | – | – |
JUMLAH KESELURUHAN | 4,611 | 1,470 | 2,157 | 8 | 976 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 21 JUN 2021
No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring |
1 | Industri Jalan Bebas Tiga | Tempat Kerja | Selangor | Klang dan Petaling | 24 | 240 |
2 | Industri Jalan Enggang Ampang | Tempat Kerja | Selangor | Gombak | 8 | 54 |
3 | Industri Jati Kiri | Tempat Kerja | Selangor | Klang dan Petaling | 184 | 404 |
4 | Industri Batu Besar | Tempat Kerja | Selangor | Klang | 130 | 229 |
5 | Tapak Bina Gunung Satu | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 15 | 106 |
6 | Perindustrian Sri Plentong | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 14 | 53 |
7 | Jalan Pekeliling Industri | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 26 | 421 |
8 | Jalan Bioteknologi Dua | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 9 | 233 |
9 | Industri Bukit Tengah | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah | 24 | 94 |
10 | Lebuh Kurau Tiga | Tempat Kerja | Pulau Pinang | Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan | 12 | 12 |
11 | Jalan Jelai – Rompin | Tempat Kerja | Negeri Sembilan | Jempol | 42 | 334 |
12 | Samedra | Tempat Kerja | Sabah | Kota Kinabalu | 25 | 82 |
13 | Jalan Merbok Ayer Keroh | Tempat Kerja | Melaka | Melaka Tengah dan Jasin | 21 | 117 |
14 | Jalan Baru Tatau – Bintulu | Tempat Kerja | Sarawak | Tatau | 22 | 66 |
15 | Kampung Muara Tebas | Komuniti | Sarawak | Kuching | 19 | 332 |
16 | Kevok | Komuniti | Sarawak | Telang Usan | 58 | 280 |
17 | Quadruplex Lapan Enam | Komuniti | Sarawak | Miri | 20 | 61 |
18 | Kampung Tiong | Komuniti | Kelantan | Kota Bharu | 13 | 24 |
19 | Jalan Jeram Pasu | Komuniti | Kelantan | Pasir Puteh | 29 | 39 |
20 | Taman Rantau Mas | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 10 | 21 |
21 | Serudung Baru | Komuniti | Sabah | Tawau | 19 | 56 |
22 | Jalan Tok Jangggut | Kumpulan Berisiko Tinggi | Kelantan | Bachok, Kota Bharu, Machang, dan Pasir Puteh | 16 | 72 |