Translate

01 June 2021

27 kluster baharu, 688 kluster masih aktif

 27 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan majoriti kluster adalah melibatkan tempat kerja.

COVID-19: 27 kluster baharu, 688 kluster masih aktif

Astro Awani

KUALA LUMPUR: Sejumlah 27 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan majoriti kluster adalah melibatkan tempat kerja.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, terdapat lapan kluster komuniti, tiga kluster keagamaan dan masing-masing satu melibatkan kluster pendidikan lain, institusi pendidikan berdaftar KPM serta kumpulan berisiko tinggi.

Ia melibatkan lapan negeri iaitu Kelantan (6), Johor (5), Selangor (4), Perak (4), Pulau Pinang (3), Kuala Lumpur (2), Sarawak (2) dan Terengganu (1).

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 688 kluster COVID-19 masih lagi aktif.

Jumlah kluster yang direkodkan ketika ini adalah 2,215 kluster dengan 1,547 kluster telah tamat.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED