11 individu dikompaun kerana berkumpul main judi
Harian Metro
Penghantar makanan antara 11 individu yang ditahan dan dikenakan kompaun RM10,000 selepas ditahan kerana berjudi dalam serbuan ke atas dua rumah di Halaman Menglembu Bestari, di Ipoh, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisoner A A Asmadi Abdul Aziz berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan empat lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 30 tahun disyaki bermain judi jenis poker di ruang tamu rumah itu.
Source: Harian Metro YouTube