Translate

30 April 2021

Polis Nafi Dakwaan Video Tular Babitkan A.Ganapathy (Video)

Polis menafikan dakwaan video rakaman televisyen litar tertutup

 

Polis nafi dakwaan video tular babitkan A.Ganapathy

Astro Awani
30/4/2021

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang tular baru-baru ini melibatkan mendiang A. Ganapathy.

Ganapathy, 40, merupakan bekas tahanan yang dilaporkan meninggal dunia di Hospital Selayang selepas lebih sebulan mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Tegasnya, tindakan mengikut lunas undang-undang akan diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kesahihan dan lokasi kejadian yang terpapar di dalam video tular tersebut sedang disiasat.
Mengulas lanjut, orang ramai dinasihatkan menghentikan penyebaran video klip tersebut serta mengaitkannya dengan kes Ganapathy yang masih dalam siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial satu video berdurasi 45 saat yang memaparkan beberapa individu memukul, merotan dan menendang dua lelaki di sebuah bilik.

Terdapat segelintir pihak mendakwa video tersebut merupakan rakaman kejadian melibatkan mendiang Ganapathy yang sebelum ini didakwa dipukul sewaktu berada di dalam tahanan polis sehingga mengakibatkan kematiannya selepas lebih sebulan mendapatkan rawatan di hospital.

 FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-nafi-dakwaan-video-tular-babitkan-ganapathy-295727

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Antalya viewed 'Police have arrested another two suspects in conne' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN Umum Ustaz Mohamad Calon PRK Ayer Kuning | BEST' 1 hr 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 49 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 5 hrs 6 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 5 hrs 44 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 5 hrs 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 6 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 7 hrs 11 mins ago