Translate

11 April 2021

Datuk Nafi Lakukan Amang Seksual Terhadap Cucu

Seorang datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Ahad, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap cucu kandungnya



Datuk nafi lakukan amang seksual terhadap cucu

Harian Metro
11/4/2021

Seorang datuk didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Ahad, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap cucu kandungnya, Mac lalu.

Bagaimanapun, warga emas berusia 74 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim.

Dalam pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas cucu kandungnya berusia lapan tahun dengan membuatkan kanak-kanak itu menyentuh mana-mana bahagian badan kanak-kanak itu sendiri.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas cucunya itu dengan menggunakan jarinya.

Source: Harian Metro YouTube

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED