Translate

01 April 2021

Covid-19 Malaysia 1 April | New Cases - 1,178 Total- 346,678 | Recovered- 1,377, Active- 14,399 | Deaths- 6, Total- 1,278
















Kenyataan Akhbar KPK 1 April 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

1 APRIL 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 1 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,377 kes (331,001 kes kumulatif, 95.5%);
  • Kes baharu : 1,178 kes (346,678 kes kumulatif);
  • Kes import : 20 kes (9 warganegara, 11 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,158 kes [861 warganegara (74.4%); 297 bukan warganegara (25.6%)];
  • Kes aktif : 14,399 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 163 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 81 kes;dan
  • Kes kematian : 6 kes (1,278 kes kumulatif, 0.37%; 5 warganegara; 1 bukan warganegara).

Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 238 kes (20.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 183 kes (76.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak237 kes (20.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak190 kes (16.1 peratus).

Sebanyak 31 kes (2.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (14 kes), Kluster DTI Jalan Duta (7 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster DTI Sepang 2 (2 kes), Kluster Tembok Tapah (1 kes), dan Kluster Pagar Bukit Chagar (1 kes).

Terdapat enam (6) kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Sarawak, serta masing-masing satu (1) kes di Johor, Kelantan, dan Sabah. Sebanyak lima (5) kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 1 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,378 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 1,016 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Segambut, Kluster Jalan Tun Mutahir, Kluster Persiaran Bunga Tanjung, Kluster Jalan Baru, Kluster Jalan Tronoh, Kluster Jalan Jaya, Kluster Jalan Kota Kulai, Kluster Jalan Cemerlang Besi, Kluster Persiaran Kempas Baru, Kluster Kampung Mak Teh, Kluster Jalan Permas Sembilan, Kluster Batu 21, Kluster Jalan Damansara, dan Kluster Jalan Melati);
  • Jumlah kluster aktif : 362 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 55 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Jelawat (105 kes), Kluster Kait Gading (64 kes), dan Kluster Rimbayan (15 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lima (5) kluster tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Bukit SerdangSelangorTempat Kerja
2Jalan Sungai RamalSelangorTempat Kerja
3Jalan Permas CetakJohorTempat Kerja
4Kait GadingJohorTempat Kerja
5Jalan Teluk KumbarPulau PinangTempat Kerja
6Taman EmasPahangKomuniti

SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI “PROTEIN SPIKE” COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Institut Kesihatan Negara (NIH) telah melakukan analisis terhadap lebih daripada 261 turutan jujukan genom penuh virus SARS-CoV-2 (COVID-19) dari sampel klinikal. Ini merangkumi kes-kes COVID-19 di Malaysia daripada gelombang pertama sehingga gelombang ketiga. Analisis ini memberi fokus kepada pemantauan terhadap semua jenis mutasi gen terutama pada anjakan protein yang memainkan peranan penting dalam proses pengecaman reseptor dan proses membran sel (receptor recognition and cell membrane fusion process). Sebelum ini, IMR telah mengesan beberapa bentuk varian mutasi virus SARS-CoV-2 (COVID-19) termasuk mutasi D614G dan A701V.

  • Penemuan kewujudan varian South African B.1.351

Terkini, IMR telah mengenalpasti dan mengesahkan kewujudan varian South African B.1.351 di kalangan kes positif COVID-19 tempatan melalui survelan genomik (genomic surveillance). Strategi survelan genomik ini melibatkan sampel-sampel yang disahkan positif sepanjang Januari 2021 sehingga ke 31 Mac 2021 daripada:

  • Kes-kes positif dari kluster-kluster tempatan di Selangor, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan;
  • Kes-kes positif dengan sejarah perjalanan ke negara lain; dan
  • Kes-kes kematian disebabkan COVID-19.

Untuk makluman, penemuan varian South African B.1.351 pertama kali dilaporkan di dunia pada bulan Disember 2020 di dua buah negara iaitu United Kingdom dan Afrika Selatan. Sejak awal tahun 2021, kewujudan varian tersebut telah juga turut dilaporkan oleh negara-negara lain termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Australia, dan Korea Selatan.

Kewujudan varian South African B.1.351 di Malaysia telah mula dikenalpasti di kalangan empat (4) kes tempatan pada bulan Mac 2021. Hasil siasatan awal mendapati, keempat-empat kes tersebut mempunyai kaitan lokasi geografi dan berhubung rapat dengan Kluster Jalan Lima seperti yang ditunjukkan dalam analisis filogenetik. Dua (2) kes dipercayai dari Kluster Jalan Lima yang merupakan pekerja di salah sebuah syarikat berpengkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Walau bagaimanapun, cara penularan atau jangkitan varian B.1.351 kepada pekerja kes tersebut sukar untuk dikenal pasti dan disahkan. Satu (1) kes pula adalah daripada Kluster Kebun Baru dan 1 (satu) kes lagi adalah merupakan ahli keluarga kepada kes positif COVID-19 yang tinggal serumah.

Susulan daripada penemuan pertama varian B.1.351 tersebut, lebih banyak ujian jujukan genom telah dijalankan dengan menggunakan sampel positif COVID-19 dari lokasi geografi termasuk daerah Kuala Langat dan daerah Sepang. Hasil dari ujian yang dijalankan menunjukkan bahawa terdapat lima (5) kes lagi dikesan dari lokaliti ini yang telah dijangkiti dengan varian tersebut. Empat (4) kes adalah daripada Kluster Kebun Baru dan satu (1) kes adalah daripada Kluster Jalan Lima.

  • Kluster-kluster yang terlibat

Kluster Jalan Lima telah tamat pada 29 Mac 2021 di mana kluster ini telah melibatkan 57 kes secara keseluruhan dan 447 individu telah disaring. Kluster Kebun Baru pula masih aktif dan dijangka tamat pada 25 April 2021 (sekiranya tiada lagi pertambahan kes). Sehingga 31 Mac 2021, kluster ini telah melibatkan 1,111 kes secara keseluruhan (111 masih aktif dan diasingkan untuk rawatan atau isolasi) dan 1,565 individu telah disaring.

Varian B.1.351 didapati mempunyai pelbagai mutasi “spike protein”, termasuk L18F, D80A, D614G, D215G, A701V, K417N, E484K, N501Y and L241_A243del. Walau bagaimanapun, varian ini tidak mempunyai mutasi H69_V70del seperti yang terdapat pada varian UK B.1.1.7. Analisa jujukan genom juga menunjukkan kebarangkalian asal-usul jangkitan daripada kes positif COVID-19 melibatkan pekerja di salah sebuah syarikat berpengkalan di KLIA berdekatan dengan kawasan Sepang diikuti penularan jangkitan ke kawasan penduduk tempatan di daerah Kuala Langat.

Oleh itu, sehingga 31 Mac 2020, sejumlah sembilan (9) kes positif COVID-19 telah dikenal pasti dijangkiti dengan varian South African B.1.351 daripada jangkitan tempatan di Malaysia. Sehingga kini, analisis filogenetik serta hubungkait geografi menunjukkan kebarangkalian kes-kes tersebut adalah daripada punca jangkitan yang sama.

  • Tindakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan IMR

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat dan Pejabat Kesihatan Daerah Sepang serta pihak IMR akan terus melakukan turutan jujukan genom penuh virus dari sampel klinikal untuk memantau kehadiran varian ini dan juga varian lain. Sejak awal Januari 2021 hingga hujung Mac 2021, sejumlah 117 jujukan genom penuh SARS-CoV-2 telah diperolehi bagi pelbagai mutasi COVID-19. Manakala untuk sepanjang tahun 2020, sebanyak 144 jujukan genom telah dimuat naik di sistem pengkalan maklumat iaitu di laman GISAID. Tindakan ini akan terus dilaksanakan secara aktif.

KKM akan terus berwaspada dan melaksanakan pelbagai langkah kesihatan awam untuk mencegah berlakunya limpahan varian baru ke Malaysia. Sebarang perkembangan lanjut mengenai perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada umum. Semoga segala usaha untuk mengekang penularan varian baharu COVID-19 ini akan membantu negara membendung jangkitan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 April 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR237 (10)116,315
SABAH8654,853
JOHOR16541,420
WP KUALA LUMPUR101 (9)37,921
NEGERI SEMBILAN3417,302
SARAWAK238 (1)16,628
PULAU PINANG19016,259
PERAK3112,997
KEDAH328,467
MELAKA96,551
KELANTAN  276,277
PAHANG144,280
TERENGGANU63,599
WP LABUAN72,335
WP PUTRAJAYA11,144
PERLIS0330
JUMLAH KESELURUHAN1,178 (20)346,678

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,178 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 1 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Sarawak: 238 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 162 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 237 kes 
    • 33 kes daripada kluster-kluster; termasuk dua (2) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Serdang dan Kluster Jalan Sungai Ramal;
    • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 10 kes import dari luar negara; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 190 kes 
    • 113 kes daripada kluster-kluster; termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Teluk Kumbar;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 165 kes  
    • 83 kes daripada kluster-kluster; termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Permas Cetak dan Kluster Kait Gading;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 101 kes  
    • 13 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 86 kes 
    • 41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 34 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 32 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 31 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 27 kes 
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 14 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Emas; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • MelakaSembilan (9) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Terengganu: Enam (6) kes
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan enam (6) kes kematian pada 1 April 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo.   KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1273302296SarawakLelaki (WN)68Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan strok
1274319115SarawakLelaki (WN)60Hospital BintuluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1275323173WP Kuala LumpurPerempuan (WN)81Hospital Kuala LumpurPenyakit darah tinggi
1276339416KelantanLelaki (WN)54Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, jantung, dan asma
1277342305JohorPerempuan (WN)73Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis dan buah pinggang kronik
1278338697SabahPerempuan (BWN)69Jenazah dibawa ke Hospital KeningauPenyakit gout

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN SUNGAI RAMAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-335819) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di dua (2) buah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Sungai Ramal dan Taman Sri Kenari, Kajang. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 312 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT SERDANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 184 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TELUK KUMBAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-337533) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini diambil sempena lokaliti pusat pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Bandar Baru Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 262 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAIT GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 16, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 429 individu telah disaring, di mana 65 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERMAS CETAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345888) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Permas Jaya 9/13, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor Bahru. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN EMAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lipis di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338151) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan komuniti. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Emas, Lipis. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 172 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED