Translate

28 April 2021

Bubur Lambuk Dari Istana Johor "Air Tangan" Sultan Ibrahim

Bubur lambuk dari Istana Johor’ yang disediakan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.


Bubur lambuk dari Istana Johor "air tangan" Sultan Ibrahim

BERNAMA
28/4/2021

JOHOR BAHRU, 28 April -- Sebahagian rakyat Johor di Kluang hari ini berpeluang menikmati ‘Bubur lambuk dari Istana Johor’ yang disediakan sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut hantaran yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim meluangkan masa hampir sejam bersama kakitanan istana bagi menyediakan bubur lambuk tersebut.

Baginda menyediakan bubur lambuk itu menggunakan pengacau khas yang diperbuat daripada kayu giam oleh tukang kayu peribadi baginda di Mersing, demikian menurut hantaran itu.

Sebanyak 200 paket bubur lambuk dari Istana Johor akan disampaikan kepada pesakit kanser di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail manakala 1,100 paket lagi akan diagih kepada rakyat di daerah Kluang.

“Bubur lambuk yang dimasak hari ini akan disampaikan kepada rakyat dan juga pesakit kanser menerusi Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor,” titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran berkenaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 12 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 42 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 1 hr 30 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 2 hrs 20 mins ago