Translate

28 April 2021

UPSR Dimansuhkan Sepenuhnya , PT3 Bagi Tahun 2021 Dibatalkan

KPM memuktamadkan untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021.


PT3 bagi tahun 2021 dibatalkan

Astro Awani
28/4/2021

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Mohd Jidin dalam Sidang Media Khas, di sini hari ini.

Jelas beliau, keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

"Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh dan kita memgambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan," katanya.



UPSR dimansuhkan sepenuhnya


KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam Sidang Media Khas berkata tiada peperiksaan ganti bagi ujian Murid Tahun 6 itu.

Sebaliknya jelas Radzi, fokus utama kementerian ketika ini adalah untuk memperkasakan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

"UPSR sebagai satu komponen untuk ke SBP. Namun begitu apabila kita melaksanakan PKSK bagi membolehkan murid masuk ke SBP, kita lihat hanya 1/4 jumlah keseluruhan murid tahun enam 2020 mengambil keputusan untuk menduduki PKSK," katanya.

Selain itu katanya, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021 pula dibatalkan.

Jelas beliau, keputusan membatalkan PT3 bagi tahun ini dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

"Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh dan kita memgambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan," katanya.

Tahun lalu, KPM mengumumkan UPSR dan PT3 dibatalkan berikutan pandemik COVID-19.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 11 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 24 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 38 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 1 hr 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kulai viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 1 hr 49 mins ago