Translate

29 April 2021

Murid Tahun Satu Maut Digilis Lori Selepas Terjatuh Motosikal (Video)

Murid Tahun Satu maut selepas terjatuh daripada motosikal

 

Murid Tahun Satu maut digilis lori selepas terjatuh motosikal

Astro Awani
29/4/2021

KEMAMAN: Seorang murid Tahun Satu maut selepas terjatuh daripada motosikal yang diboncengnya sebelum digilis lori di Kilometer 172 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Kampung Felda Neram di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, Muhammad Nur Rifqi Khairulamru meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Nenek dan sepupunya pula mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, motosikal yang ditunggang nenek mangsa berusia 59 tahun tergelincir sewaktu melalui bahu jalan yang agak tinggi.

Keadaan itu dipercayai menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikal sebelum digilis sebuah lori membawa muatan arang batu yang datang dari belakang.

Motosikal itu kemudian hilang kawalan menyebabkan nenek dan sepupu mangsa turut terjatuh di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala dua lagi yang lain dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut," katanya.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 56 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 2 hrs 34 mins ago