Translate

30 April 2021

Anggota Tidak Pakai Pelitup Muka? ini Penjelasan Ketua JSPT Kuala Lumpur

Anggota tidak pakai pelitup muka

Anggota tidak pakai pelitup muka? ini penjelasan Ketua JSPT Kuala Lumpur

Astro Awani
30/4/2021

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Trafik Kuala Lumpur membuat laporan berhubung tindakan seorang individu yang mengambil gambarnya dan tularkan di media sosial kerana tidak memakai pelitup muka.

Tampil memberikan penjelasan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku ketika anggota tersebut sedang bertugas.

"Anggota berkenaan mengawal jalan raya di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman dan Lorong Tunku Abdul Rahman 7 iaitu kawasan pasar malam mulai jam 1 petang hingga 10 malam, pada Rabu.

"Pada jam 8 malam dia baru berbuka puasa bersama lima rakan sekerja yang lain di bawah sebuah khemah di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Asfahan (berhampiran Sogo).

"Selepas berbuka puasa anggota ini menuju ke motosikal untuk meneruskan tugasannya dan dipercayai gambar tersebut telah dirakam sebelum dia memakai semula topeng muka dan helmet untuk meneruskan rondaannya," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Zulkefly berkata, anggota trafik itu telah membuat laporan polis pada Khamis kerana cubaan menjatuhkan maruahnya dan PDRM.

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 33 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 46 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 1 hr ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kulai viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 2 hrs 12 mins ago