Translate

29 April 2021

Presiden Pas Hadi Awang Dimasukkan Ke IJN

Datuk Seri Abdul Hadi Awang

Hadi Awang dimasukkan ke IJN

Astro Awani
28/4/2021

KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), kata setiausaha politiknya, Syahir Sulaiman.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi Abdul Hadi, malam ini, Syahir berkata, beliau akan menerima rawatan selama beberapa hari.

"Adalah dimaklumkan bahawa YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kini sedang menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.

"Marilah kita berdoa agar YB Dato' Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah. Terima kasih," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bila Abdul Hadi dimasukkan ke IJN dan punca beliau dirujuk ke pusat rawatan berkenaan.

Pada 15 Februari lalu, Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Putrajaya selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.

Beliau dibenarkan keluar beberapa hari kemudian selepas menerima rawatan.


FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hadi-awang-dimasukkan-ke-ijn-295565?utm_source=newsletter&utm_medium=email&utm_campaign=20210429+Newsletter#.YInmhp3sSWI.whatsapp

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 1 hr 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 3 hrs 45 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 4 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 4 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 4 hrs 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 5 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 5 hrs 10 mins ago