Translate

30 April 2021

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani Dilantik Sebagai Ketua Polis Negara Baharu (Video)

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani




Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu

Astro Awani
April 30, 2021 11:57 MYT

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani akan menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan tamat perkhidmatannya pada 3 Mei ini. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa 4 Mei ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada Majlis Penyerahan Surat Pelantikan Ketua Polis Negara ke-13 di Kementerian Dalam Negeri, di sini pada Jumaat.


Beliau akan menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan tamat perkhidmatannya pada 3 Mei ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).
"Saya hendak memaklumkan setelah proses dilakukan SPP dan dipersetujui oleh semua ahli suruhanjaya.

"Semua setuju Acryl Sani diangkat sebagai Ketua Polis Negara yang baharu termasuk Tan Sri Abdul Hamid Bador," katanya dalam media selepas menyerahkan surat pelantikan Ketua Polis Negara kepada Acryl Sani di sini, hari ini.

[TERKINI] Majlis surat lantikan Ketua Polis Negara ke-13
Menurut Hamzah, pelantikan Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara berkuat kuasa 3 Mei ini sehingga waktu perkhidmatannya di Polis Diraja Malaysia (PDRM) tamat.


Dilahirkan pada 3 Oktober 1961 di Petaling Jaya, Selangor, Acryl Sani yang kini menyandang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara berkelulusan Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia dan memulakan karier dalam PDRM pada 2 Februari 1986 sebagai Penolong Penguasa Kadet (ASP) Kadet.


Sepanjang perkhidmatan Acryl Sani dalam pasukan polis, beliau berpengalaman menyandang pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan Ibu Pejabat Bukit Aman.


Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Pesuruhjaya Polis Sarawak, Ketua Polis Perak, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 19 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 42 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Adik Abam Bocey Ali Puteh Membuat Penjelasan Isu K' 49 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 32 mins ago