Pelakon drama pendek di YouTube didakwa buat laporan palsu dia dirogol
Harian Metro
14/1/21
Pelakon drama pendek di YouTube didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, pada Khamis atas dua pertuduhan pemerasan sehingga mendatangkan ketakutan kepada seorang lelaki dan membuat laporan palsu mengenai kejadian rogol, pada Disember lalu.
Tertuduh, Nor Hafizah Shamsuddin, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.
Source: Harian Metro YouTube