Rundingan dengan Pas selesai, UMNO bertanding 96 kerusi pada PRU15 - Nazri Aziz
Astro Awani
9/1/21
KUALA LUMPUR: UMNO sudah selesai mengadakan rundingan kerusi bersama Pas dan akan bertanding sekurang-kurangnya 96 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Perkara itu dimaklumkan bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas di sini, hari ini.
"Rundingan kita... pertama dengan Pas di bawah Muafakat Nasional (MN)... kita dah 'settle' rundingan kerusi, lepas itu kita berunding dengan Perikatan Nasional (PN)," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan UMNO akan bertanding sebanyak 96 kerusi pada PRU15.
Nazri berkata, UMNO tidak akan memberi ruang kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding di kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO pada PRU14 lalu.
"Tidak ada ruang, rundingan kalau sekiranya UMNO bertanding kurang daripada kerusi itu... kita mahukan dalam 95 hingga 96 (kerusi Parlimen)... itu yang Tok Mat (Mohamad) kata, dia jawatankuasa Muafakat Nasional (MN).
"Tidak kurang daripada 96 kerusi Parlimen, tidak ada Bersatu," katanya lagi.
Mengenai rundingan dengan PN atau lebih tepat Bersatu, beliau berkata sukar untuk UMNO mengalah.
"Kalau rundingan dengan PN dia (Bersatu) hendak 16 kerusi... itu kerusi dia... itu susah sikit.
"Membujur lalu melintang patah, demi perpaduan Melayu kita kena korbankan kerusi kita (UMNO) dekat dia (Bersatu)? Apa benda ini?. Kalau dia fikir betul-betul, dia kena korban, dia kena bagi balik kerusi Parlimen itu, that's our right and seat," kata Nazri.
Mengulas mengenai kerusi Parlimen Pagoh yang disandang Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu ketika ini, Nazri berkata, itu terpulang kepada Badan Perhubungan UMNO Johor dan UMNO Bahagian Pagoh untuk memberi laluan atau sebaliknya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu majlis perjumpaan bersama media di ibu negara pada Sabtu.
Sementara itu, Nazri menyifatkan tindakan beberapa pemimpin mengeluarkan kenyataan atau teguran terhadap parti adalah demi memperkuatkan parti itu sendiri.
Ujarnya, perbezaan pendapat diraikan dalam UMNO yang mengamalkan prinsip demokrasi dalam parti.
"Saya tidak suka kepada 'window dressing'... pada saya lebih penting di hati, apa yang kita nampak pemimpin itu cakap macam ini dan macam itu, saya tahu bahawa UMNO, apabila sampai masa pilihan raya, setiap pemimpin tetap ikut keputusan parti begitu juga Pas.
"Sebab itu, saya tidak hirau sangat 'friendly fire', tiada masalah. Hipokrit sahaja kita tunjuk dekat orang (rakyat) kita bersatu tetapi di dalam (parti) pecah belah.
"Yang penting UMNO itu kuat... kita boleh berbeda pendapat tapi apabila semboyan itu berbunyi UMNO akan bergerak sebagai satu pasukan," katanya.
Dalam pada itu, Nazri turut mengingatkan pemimpin UMNO agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati pemimpin lain di dalam parti itu.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO: