Translate

08 January 2021

Suami Isteri Didakwa 60 Pertuduhan Salah Guna Wang Syarikat Hampir RM200,000

                         

Suami isteri didakwa 60 pertuduhan salah guna wang syarikat  

Suami isteri didakwa 60 pertuduhan salah guna wang syarikat hampir RM200,000

BERNAMA
08/01/2021 


BUTTERWORTH, 8 Jan -- Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, masing-masing atas 60 pertuduhan menyalah guna wang milik sebuah syarikat berjumlah RM191,312.70.

Nor Hasni Edirin Hasan, 40, mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan tersebut bagaimanapun isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 35, minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Nor Hasni yang bekerja sebagai pemandu lori dan isterinya, surirumah, didakwa bersama-sama menyalahgunakan wang milik Syarikat Mandy Corporation Sdn Bhd berjumlah RM191,312.70 di beberapa buah bank di sekitar daerah Seberang Perai Utara di sini, antara 4 Julai hingga 11 Ogos lepas.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Penolong Pendaftar Mahkamah Foon Char Peng menetapkan 2 Feb untuk menjatuhkan hukuman terhadap Nor Hasni dan sebutan semula kes untuk Siti Hajar serta membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab Aziz dan Asma' Amira Shahidan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED