Translate

13 January 2021

Polis Berkas Tiga Lelaki Tempatan Disyaki Terlibat Kes Samun

                      
Polis berkas tiga lelaki tempatan disyaki terlibat kes samun

BERNAMA
13/01/2021 


KUALA LUMPUR, 12 Jan -- Polis menahan tiga lelaki tempatan di sebuah hotel di Jalan Pudu, di sini semalam kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes samun di sekitar Daerah Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua suspek berusia 29 hingga 37 tahun itu ditahan pada pukul 12.45 tengah hari di dalam sebuah bilik hotel berkenaan.

“Semasa serbuan, polis menemui senjata dan peralatan termasuk satu objek menyerupai pistol, sebilah parang dan empat pedang samurai selain tiga jenis motosikal yang dipercayai digunakan untuk kegiatan menyamun. Kesemua barangan itu turut dirampas untuk siasatan lanjut.

Penahanan kesemua suspek ini juga dipercayai dapat menyelesaikan empat kes samun di sekitar Daerah Dang Wangi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil saringan mendapati kesemua suspek berkenaan positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Mereka direman selama lima hari bermula hari ini sehingga Sabtu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat jenayah boleh menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26002222, talian penting Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir ucapan t' 4 mins ago
A visitor from Columbus viewed 'BEST FBKL' 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump arrives in the Middle East for nuclear weapo' 11 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'PDRM siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar n' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Trump arrives in the Middle East for nuclear weapo' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khaled Nordin tiba di Berlin untuk UN Peacekeeping' 42 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 21 mins ago