Translate

12 January 2021

Laporan PKPP Hari Ke 217: Ditahan-415 Dikompaun-377 Direman-38



Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 12 Jan 2021

Task Force Operasi Pematuhan
2,554 Pasukan Task Force Pematuhan terdiri 10,877 melakukan 47,525 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

Sebanyak 3.365 pasar raya, 4,522 restoran, 1,376 kilang, 1,720 pasar tani/awam, 2,898 tempat ibadah serta 1,229 tempat riadah diperiksa. Semalam PDRM telah menahan 415 individu atas kesalahan ingkar SOP. 377 telah dikompaun manakala 38 direman.

Kawalan Sempadan Negara Sehingga semalam, terdapat 15,669 kes penglihatan melibatkan 93 PATI dan 15,482 buah kapal telah dilaporkan Secara kumulatif, sejumlah 1,776 kes pengusiran turut dilaporkan melibatkan 1,006 PATI, 9 tekong dan 532 buah kapal/bot.

Op Benteng berjaya menahan 47 PATI, 4 tekong dan 5 penyeludup serta merampas 9 buah kenderaan darat Sebanyak 112 SJR Op Benteng dilaksanakan di seluruh negara seperti berikut: Op Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) (46) Op Benteng PDRM (56) Op Benteng AKSEM (9)

Operasi Sanitasi Awam KPKT telah melakukan 13,634 operasi sanitasi merangkumi 145 zon. Operasi Sanitasi ini melibatkan 295 anggota dan 59 jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Kuarantin Wajib Semalam, seramai 719 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib.

Tapak Binaan Semalam, anggota CIDB telah membuat pemeriksaan di 19 tapak binaan di seluruh Malaysia. 17 tapak binaan mematuhi SOP ditetapkan manakala 2 lagi tidak beroperasi.
 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED