Translate

29 January 2021

Husaini dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi baharu

Husaini dilantik Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi baharu

BERNAMA
29/01/2021 

PUTRAJAYA, 29 Jan -- Prof Datuk Dr Husaini Omar dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi baharu berkuat kuasa 1 Feb ini, hingga 9 Mac 2023.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata Husaini yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sejak 1 Jun lepas hingga 31 Jan ini, akan mengambil alih tempat Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak yang bersara wajib pada 10 Jan lepas.

Husaini, 57, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Geologi) dari Universiti Malaya (UM) pada 1988, Ijazah Sarjana Kejuruteraan Geologi dari University of Leeds, United Kingdom pada 1994, dan Doctor of Engineering (System Engineering) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 2002.

Husaini mempunyai pengalaman industri selama lapan tahun sebagai jurutera geologi sebelum memulakan karier sebagai pensyarah di Fakulti Kejuruteraan UPM pada 1996.

"Saya percaya berbekalkan kepakaran, pengalaman dan pencapaian yang cemerlang, beliau (Husaini) akan terus melonjakkan prestasi pendidikan tinggi negara selaras dengan hasrat yang diaspirasikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025," menurut Noraini.

Husaini meniti laluan kejayaan akademik dan pentadbiran apabila dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM pada 15 Feb 2017 sebelum memegang jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dari 1 Jan 2018 hingga 6 Jan 2019.

Beliau juga telah menerbitkan lebih 200 buah penerbitan dalam bentuk jurnal, prosiding, buku, serta laporan teknikal hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, di samping pernah menyelia lebih 20 orang pelajar pasca siswazah, dan sebahagian daripada hasil penyelidikan beliau telah dipatenkan di Malaysia dan Amerika Syarikat.

Noraini turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohamed Mustafa atas segala jasa dan khidmat bakti beliau sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Sindiket edar dadah tiga negara guna kurier tumpas' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemilik restoran mengaku bersalah pamer logo halal' 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BNM mungkin pertimbang penurunan OPR sebagai langk' 6 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 12 mins ago
A visitor from California viewed 'Jadikan ibadah umrah alat kaut keuntungan perbuata' 14 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 14 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemilik syarikat didenda RM15,000 sembunyi lebih 2' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KKM akan panggil MMA untuk libat urus la' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Proton e.MAS 7 kekal model EV paling laris di Mala' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Anggota polis ditemukan meninggal dunia di kuarter' 27 mins ago