Hospital hadapi kesukaran jika kes COVID-19 cecah 5 ribu sehari - Ismail Sabri
Astro Awani
10/1/21
KOTA BHARU: Kerajaan mengakui berdepan kesukaran untuk menampung keperluan pesakit di hospital sekiranya kes baharu COVID-19 yag dikesan melangkau melebihi 5,000 kes sehari.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kekurangan kemudahan katil antara masalah yang dibimbangi seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
“Ada kebimbangan dari segi katil, takut tidak cukup. Itu membimbangkan. Setakat ini boleh tampung lagi walau kes mencecah 2,000 atau lebih 3,000 (sehari) tetapi kalau 5,000 sehari memang agak sukar untuk menampung keperluan tetapi belum sampai lagi.
“Oleh kerana belum sampai maka tanggungjawab kita kena pastikan tidak sampai tahap itu jadi kalau semua rakyat kerjasama mematuhi SOP, Insyaallah kita mampu melandaikan graf jangkitan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan barang bantuan banjir kepada wakil pemimpin tempatan di Dewan Hamid Bidin Kem Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Berhubung sama ada kerajaan akan membuka lebih banyak pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 di negeri-negeri, beliau menjelaskan perkara itu akan dibincangkan.
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hospital-hadapi-kesukaran-jika-kes-covid19-cecah-5-ribu-sehari-ismail-sabri-277015