Translate

22 January 2021

Hasan Mohamed Ali Positif COVID-19

Hasan Ali positif COVID-19

Astro Awani
22/1/21


KUALA LUMPUR: Penceramah dan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Hasan Mohamed Ali disahkan positif jangkitan COVID-19 pada petang Rabu.

Menurut satu entri yang dimuat naik pada laman Facebook peribadinya pada Jumaat, Hasan berkata beliau kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

“Permintaan saya kepada sahabat dan mereka yang mengenali atau tidak mengenali saya untuk mendoakan supaya saya dikurniakan kemudahahan dan kesembuhan segera.

“Moga dengan doa semua menjadi penawar utama dalam proses penyembuhan ini,” katanya.

Sumber Facebook permalink.php?story_fbid=10159390094900820&id=153021230819"><

Beliau juga meminta sesiapa yang merupakan kontak rapat kepadanya sejak 16 Januari lalu untuk merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dijangkiti wabak tersebut pada 16 Januari lalu,
Bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu disahkan positif selepas dipercayai menjadi kontak rapat ketika berada di Perlis.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED