'Datuk' antara dua ditahan terlibat kes pukul lelaki di restoran
BERNAMA
14/01/2021 07:29 PM
KUALA LUMPUR, 14 Jan -- Seorang lelaki bergelar Datuk dan rakannya ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pukul serta ugut terhadap seorang lelaki di sebuah restoran di Tropicana Avenue, Petaling Jaya di sini, Selasa lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Datuk Fadzil Ahmat berkata suspek masing-masing berumur 42 dan 39 tahun ditahan di Mutiara Damansara, di sini, pada jam 3.40 petang tadi.
Beliau berkata berdasarkan siasatan mendapati kejadian berpunca apabila suspek berang ditegur seorang pelanggan di restoran berkenaan kerana bercakap dengan nada suara yang tinggi.
"Hasil siasatan lanjut mendapati suspek bergelar Datuk itu turut mempunyai rekod lampau kerana ugutan jenayah selain mendatangkan bencana pada 2019.
“Susulan tangkapan itu, polis akan membuat permohonan reman ke atas kedua-dua suspek bagi membantu siasatan,” katanya di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata kedua-dua suspek yang juga ahli perniagaan berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.
“Mereka akan direman esok manakala kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” katanya dalam kenyataan.
Kejadian tersebut tular dalam media sosial sejak semalam, memaparkan seorang lelaki ditenangkan sekumpulan lelaki selepas menumbuk individu disyaki pelanggan sebuah restoran di Petaling Jaya.