Translate

08 January 2021

Covid-19 Malaysia 8 Jan : New Cases- 2,643 Total Cases- 131,108 | Active Cases- 25,140 | New Death- 16

Kenyataan Akhbar KPK 8 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,708 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 105,431 kes (80.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 8 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 2,643 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 131,108 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 25,140 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,641 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,666 kes adalah warganegara Malaysia (63 peratus) dan 975 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,086 kes (41.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 904 kes (83.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 401 kes (15.2 peratus) dan Johor sebanyak 298 kes (11.3 peratus).

Sebanyak 79 kes (3.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Tembok Choh (2 kes), dan Kluster Tembok Gajah (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 170 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 82 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 16 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 537 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Untuk makluman, peningkatan kes-kes kematian pada hari ini adalah berikutan terdapat kes-kes yang memerlukan tempoh masa tertentu untuk siasatan lebih lanjut dijalankan sebelum kematian tersebut disahkan adalah disebabkan oleh COVID-19.

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur  (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
522112405JohorLelaki (WN)59Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
523123240SabahLelaki (WN)66Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi, gout, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
524123241SabahLelaki (WN)63Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti
525123242SabahLelaki (WN)46Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluObesiti
526123244SabahPerempuan (WN)66Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
527123973SelangorLelaki (WN)50Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
528123984SelangorLelaki (WN)70Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
529124203SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
530125169JohorLelaki (WN)56Hospital Pakar Sultanah Fatimah, MuarPenyakit kencing manis dan buah pinggang kronik
531126197SelangorPerempuan (WN)62Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan hypotiroid
532126598SelangorLelaki (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
533126601SelangorLelaki (WN)72Hospital AmpangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
534126602SelangorLelaki (WN)71Hospital BantingPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
535126608SelangorPerempuan (WN)63Hospital SerdangPenyakit kencing manis, jantung, strok, dan buah pinggang kronik
536126616SelangorLelaki (WN)55Hospital SerdangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
537128101JohorLelaki (WN)44Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 8 Januari 2021, terdapat sebanyak 576 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 319 kluster, termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Bomba, Kluster Makmur, dan Kluster Tapak Bina Galeri. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 257 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 57 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (374 kes), Kluster Jalan Klinik (132 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN KLINIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 8 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 448 individu telah disaring, di mana 132 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA HEVEA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 650 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT BELIMBING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 2 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 912 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAURAN

Kluster ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108646) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 423 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAPITAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126879) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 165 individu telah disaring, di mana 72 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SETAPAK INDAH

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-126802) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan kendiri. Sehingga 8 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH40139,854
SELANGOR1,086 (2)38,433
WP KUALA LUMPUR28215,540
JOHOR2989,300
NEGERI SEMBILAN888,512
PULAU PINANG754,483
PERAK803,565
KEDAH1073,415
WP LABUAN61,777
PAHANG281,532
MELAKA701,498
SARAWAK161,196
KELANTAN491,134
TERENGGANU34439
WP PUTRAJAYA20380
PERLIS350
JUMLAH KESELURUHAN2,643 (2)131,108

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import.

LAMPIRAN 2

Perincian 2,643 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 8 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,086 kes 
    • 652 kes daripada kluster-kluster, termasuk 165 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Klinik, Kluster Bukit Belimbing, dan Kluster Tapak Bina Hevea;
    • 252 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 180 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 401 kes 
    • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kauran;
    • 256 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 114 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 298 kes
    • 126 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 127 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 282 kes  
    • 106 kes daripada kluster-kluster, termasuk 75 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kapital dan Kluster Setapak Indah;
    • 75 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 101 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 107 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 66 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 88 kes
    • 37 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 80 kes
    • 56 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 75 kes 
    • 36 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 70 kes
    • 52 kes daripada kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 49 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 28 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  34 kes
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 20 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 16 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.











Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED