Translate

30 January 2021

78 Pelatih Pulapol KL Positif COVID-19


78 Pelatih Pulapol Semarak Positif Covid-19  

78 pelatih Pulapol KL positif COVID-19

Astro Awani

KUALA LUMPUR : Seramai 78 pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, di sini, disahkan positif COVID-19.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata semua pelatih yang positif kini telah diasingkan dan diarahkan menjalani kuarantin.

“Terdapat 525 pelatih dan daripada jumlah itu seramai 78 orang didapati positif COVID-19.
"Kita telah mengenakan tindakan kuarantin dan mengasingkan mereka.

“Semua asrama juga telah disanitasi untuk proses nyahkuman.

“Tiada pergerakan keluar masuk dibenarkan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian pada Sabtu.
Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memantau situasi semasa di pusat latihan berkenaan.

KKM pada Jumaat memaklumkan negara merekodkan kes harian tertinggi selepas 5,725 kes dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara ialah 203,933 kes.

Daripada keseluruhan jumlah kes baru, 5,718 adalah kes penularan tempatan manakala tujuh lagi kes import.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 4 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 11 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemimpin Melayu DAP sedia turun p' 14 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PRK Ayer Kuning Gabungan BN Komited Tawan Hati Pen' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sultan Selangor titah Majlis Rumah Terbuka batal |' 27 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BN Pertaruh Yusri Bakir Calon PRK Ayer Kuning | BE' 1 hr 1 min ago