Translate

12 June 2020

Samun bersenjata: Enam lelaki tempatan diberkas




12/06/2020 11:13 PM



KUALA LUMPUR, 12 Jun -- Polis memberkas enam lelaki tempatan yang disyaki terlibat melakukan samun bersenjata di sebuah asrama pekerja kilang di kawasan industri Rawang dekat sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata suspek berusia 24 hingga 61 tahun terbabit ditahan dalam beberapa serbuan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sekitar Bandar Country Homes, Rawang bermula 3 petang semalam.

"Polis merampas 14 buah telefon bimbit, lima buah motosikal serta dua bilah parang yang digunakan untuk melakukan samun.


"Lima suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penangkapan enam lelaki tersebut turut menyelesaikan tiga kes samun jalanan di sekitar Rawang dan Country Homes.

"Polis sedang mengenal pasti penglibatan suspek ini dalam kes lain," katanya.


Arifai berkata kesemua suspek direman tujuh hari sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED