Translate

24 June 2020

Polis cari lelaki pandu kereta di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan





Astro Awani
Afiezy Azaman
Jun 24, 2020 11:01 MYT

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memandu kereta menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan di Petaling Jaya yang membahayakan penunggang motosikal.

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memandu kereta di laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan, Petaling Jaya baruu-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata siasatan awal mendapati kereta yang memasuki laluan motosikal itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat.

“Laporan polis akan dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 74 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Tindakan dan siasatan lanjut akan diambil berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah kereta dipandu seorang lelaki memasuki laluan motosikal di lebuh raya berkenaan.

Beberapa penunggang motosikal kemudiannya dilihat mengarahkan kenderaan terbabit keluar daripada laluan tersebut kerana membahayakan mereka.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED