Translate

29 June 2020

PKR sahkan pemecatan lima pemimpin parti didakwa 'geng Azmin' ( Video )


Astro Awani
Afiezy Azaman
Jun 29, 2020 09:33 MYT


Ketua Wanita PKR Haniza Talha antara yang dipecat daripada PKR. -Gambar fail

 

 KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan pemecatan lima pemimpin parti itu yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mereka ialah Ketua Wanita PKR, Haniza Talha; Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria; dua ADUN Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh); dan Ketua Wanita Keadilan Sabah, Rahimah Majid.

Perkara itu disahkan Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Ahmad Kassim melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan pada Ahad.

Sementara itu, tiga lagi pemimpin parti itu diberi amaran iaitu Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; Pengarah Komunikasi Wanita Pulau Pinang, Carolyn Khor; dan ADUN Machap Jaya, Ginie Lim.

Manakala seorang anggota parti Ahmad Raj Abdullah digantung keahlian sehingga selesai siasatan kerana terlibat dalam serangan fizikal terhadap Tian Chua.

Kedua Haniza dan Afif digantung daripada keahlian PKR sejak bulan Mei atas cadangan daripada Lembaga Disiplin Parti.

Parti itu memulakan siasatan tatatertib terhadap mereka yang diketahui berpihak kepada Mohamed Azmin setelah pemimpin itu merencana 'Langkah Shereton' yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), pada Februari lepas.

Azmin dan beberapa pemimpin PH keluar parti untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan PAS untuk membentuk Perikatan Nasional.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'KKM teliti permi' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mi tikus, nama ganjil tapi enak | BEST FBKL' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Paris viewed 'BEST FBKL' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Campaign money not used, Syed Saddiq transfered fu' 3 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket ' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '63ft Lamborghini Yacht Sinks Near Miami' 3 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kemalangan 14 Kenderaan Terlibat, Lebuh Raya BKE S' 3 hrs 25 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - M' 3 hrs 26 mins ago