Translate

01 June 2020

Penangguhan solat Jumaat, jemaah di masjid dan surau di Selangor dilanjutkan hingga 30 Jun







Jun 1, 2020 10:30 MYT

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, penangguhan solat Jumaat, solat lima waktu di masjid, surau di negeri itu untuk orang awam dilanjutkan sehingga 30 Jun.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, semakan semula penangguhan solat Jumaat, solat berjemaah lima waktu untuk orang awam akan dibuat selepas minggu pertama Jun.

Menurut beliau, larangan mengerjakan solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau itu adalah satu keputusan yang amat sukar dan berat bagi baginda untuk memutuskannya.

"Baginda memahami keluh-kesah rakyat jelata yang tidak dapat menunaikan ibadat di masjid selama tempoh 12 minggu setakat ini. Namun, keputusan ini terpaksa dikeluarkan demi memastikan penularan jangkitan wabak berbahaya COVID-19 dapat dibendung dan dikawal.

"Sultan Selangor sentiasa memantau rapat data-data terkini penularan wabak COVID-19 termasuk kes-kes baharu jangkitan di Selangor yang menunjukkan aliran penurunan," katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada Isnin.

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menitahkan tempoh penangguhan solat Jumaat, solat secara berjemaah dan aktiviti ceramah dan kuliah di semua masjid, surau dan musolla di Selangor dilanjutkan sehingga 31 Mei.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED