Translate

20 June 2020

Isu Bil Elektrik TNB - penggunaan 300KWJ ke bawah nikmati elektrik percuma bagi April - Jun , lebih 300KWJ terima potongan RM77 sebulan

x

7.66 juta dapat manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan 

Dari jumlah itu, 4 juta dgn penggunaan 300KWJ ke bawah nikmati elektrik secara percuma bagi April, Mei dan Jun 2020.

 Pengguna guna elektrik lebih 300KWJ terima potongan RM77

Kerajaan memberi Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta

Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik RM77 ke bawah atau penggunaan elektrik 300 kilowatt ke bawah akan menikmati bil elektrik percuma dari April hingga Jun ini,




PUTRAJAYA, June 20 -- A total of four million or 52.2 per cent of domestic users of electricity with a monthly bill of up to RM77 or 300kWh usage will enjoy free supply for three months under the Bantuan Prihatin Elektrik scheme.

Energy and Natural Resources Minister Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah said the free supply is for April, May and June and consumers eligible for the aid will have the amounts credited into their July bill.

"Domestic users whose monthly electricity consumption exceeds 300kWh will get a rebate of RM231, that is RM77 per month for April, May and June.

"This aid is in addition to the discounts on electricity bills given under the Bantuan Prihatin Elektrik, which was implemented on April 1 this year," he told a news conference here today.

-- BERNAMA



HARIAN METRO
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/591707/elektrik-percuma-untuk-4-juta-pengguna

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai 7.66 juta pengguna dapat manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan itu.


Beliau berkata, seramai 4 juta pengguna domestik dengan penggunaan 300KWJ ke bawah nikmati elektrik secara percuma bagi April, Mei dan Jun 2020.


"Pengguna domestik guna elektrik lebih 300KWJ terima potongan RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun 2020.

"Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan akan disalur melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

"Tenaga Nasional Berhad setuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020," katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan kos Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan berjumlah RM942 juta.

Menurutnya, kewujudan TNB selaku pembekal tunggal sumber tenaga di negara ini adalah langkah terbaik dan memudahkan kerajaan membuat kawal selia, berbanding membenarkan pelbagai pembekal.

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED