Translate

20 June 2020

Doktor yang bertindak agresif antara 5 individu ditahan memandu mabuk dalam Ops Alkohol


Op Alkohol: Doktor antara lima individu ditahan memandu mabuk

Umavathi Ramayah, Astro Awani | Jun 20, 2020 


Nik Ezanee berkata, mereka yang ditahan berusia 26 hingga 61 tahun. Gambar/ IPD Petaling Jaya

PETALING JAYA : Seorang doktor adalah antara lima individu yang ditahan kerana dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dalam sekatan jalan raya di kawasan Petaling Jaya di sini, pada malam Jumaat.

Difahamkan, ketika ditahan, doktor lelaki terbabit tidak memberi kerjasama baik terhadap polis dan bertindak agresif.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, semua mereka yang ditahan itu berusia antara 26 hingga 61 tahun.

Menurutnya, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 45(A) 1 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Berdasarkan pemerhatian, kita mendapati masih ada lagi pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan," katanya di sini pada Sabtu.

Nik Ezanee menambah, dalam Op Alkohol yang bermula jam 11 malam sehingga jam 3 pagi Sabtu tu, pihaknya telah memeriksa 508 invividu melibatkan 356 kenderaan.








Katanya, polis turut mengeluarkan kompaun atas pelbagai kesalahan trafik kepada 36 individu dalam operasi berkenaan.

Beliau memberitahu, fokus utama operasi itu adalah untuk membanteras pengguna jalan raya yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED