Translate

17 June 2020

Datuk Seri Syed Ali Abbas dilantik pengerusi baharu PPZ-MAIWP



Bernama
Jun 17, 2020 12:06 MYT

PPZ-MAIWP umum pelantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa Jun 2020. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa pada Jun 2020.

Beliau menggantikan Datuk Che Mat Che Ali yang telah tamat perkhidmatan pada 31 Mei lepas, demikian menurut kenyataan PPZ-MAIWP.

Syed Ali, 58, sebelum ini menyandang jawatan penting di beberapa syarikat berkaitan kerajaan seperti Pengerusi Perbadanan Nasional Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah Technology Park Malaysia.

Beliau yang berkelulusan Diploma dalam Kepimpinan dan Pengurusan dari New Zealand Institute of Management, juga aktif dalam bidang sosial.

"PPZ-MAIWP yakin Syed Ali dapat memikul amanah dalam menyebarluaskan dakwah zakat dan seterusnya meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan pada setiap tahun," kata kenyataan itu.



-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED