Translate

23 June 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases - 3 (Malaysian- 1 Foreigner- 2 Import- 0) Total - 8590 , Active Cases - 283| Discharged- 9 Total- 8186 Total Deaths - 121



Kenyataan Akhbar KPK 23 Jun 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan (9) kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,186 kes (95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 23Jun-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 23 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tiga (3) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,590 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 283 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa semua kes baharu yang dilaporkan adalah kes penularan di dalam negara, iaitu dua (2) kes adalah bukan warganegara dan satu (1) kes adalah warganegara Malaysia. Tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan hari ini.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Negeri Sembilan: satu (1) kes daripada Kluster Pedas yang melibatkan bukan warganegara Malaysia;
  • Sabah: dua (2) kes daripada Kluster MDR yang melibatkan satu warganegara Malaysia dan satu bukan warganegara. Mereka merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8506.

Sehingga kini, sebanyak tiga (3) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (7)

KLUSTER PERSIDANGAN GEREJA DI KUCHING TAMAT

Sukacita KKM ingin memaklumkan penamatan Kluster Persidangan Gereja di Kuching, Sarawak. Kluster ini merupakan salah satu kluster yang telah dikesan sejak awal wabak COVID-19 di Malaysia, iaitu pada 15 Mac 2020. Sehingga 23 Jun 2020, seramai 2,751 telah disaring dan didapati 191 kes yang positif COVID-19. 12 kes telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terdapat tiga (3) kes kematian dalam kluster ini:

  • kematian ke-2 (iaitu kes ke-358);
  • kematian ke-37 (iaitu kes ke-2471); dan
  • kematian ke-67 (iaitu kes ke-2864).

Kluster ini telah melibatkan sehingga lima (5) generasi dari pelbagai kawasan di Sarawak. Kini, kluster ini telah pun sampai ke pengakhirannya. KKM ingin mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBS) serta semua petugas yang telah memberikan perkhidmatan masing-masing dalam segala aktiviti berkaitan kluster ini.

236

PEMBUKAAN SEMULA SESI PERSEKOLAHAN

Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Kanan Pendidikan dalam Sidang Media beliau pada 10 Jun 2020 lalu, sesi persekolahan bakal bermula pada 24 Jun 2020 secara berperingkat. Sebagai permulaan ianya hanya melibatkan pelajar kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua institusi pendidikan telah ditutup selama lebih dari tiga (3) bulan. Tindakan ini sememangnya satu langkah penting bagi memastikan tiada penularan di kalangan pelajar dan kakitangan sekolah. Kini, Malaysia telahpun memasuki fasa pemulihan di mana kes COVID-19 adalah dalam linkungan satu hingga dua angka. Dalam fasa pemulihan ini, pembukaan semula pelbagai sektor sedang giat dijalankan termasuk pembukaan semula sektor pendidikan.

Sehingga 23 Jun 2020, daripada jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia, 1,712 kes COVID-19 adalah di kalangan mereka yang berumur 18 tahun dan ke bawah (iaitu 19.9 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 346 kes adalah dalam lingkungan 16 tahun sehingga 18 tahun. Walaubagaimanapun, tiada kes kematian atau kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang dilaporkan melibatkan kumpulan umur ini. Ini menunjukkan bahawa kes COVID-19 dalam kumpulan umur ini mempunyai kadar penyembuhan yang lebih baik.

Pembukaan sekolah adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis panduan yang telah disediakan. Garis panduan tersebut telah dibangunkan hasil kerjasama pelbagai pihak dengan mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan pelajar serta kakitangan sekolah.

Antara langkah-langkah pencegahan yang termasuk dalam garis panduan adalah:

  1. Pemeriksaan suhu di pintu masuk sekolah dijalankan bagi semua pelajar, kakitangan dan individu yang mempunyai urusan dengan pihak sekolah. Individu yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5⁰C atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah;
  2. Pelajar akan diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, terutamanya amalan mencuci tangan dengan kerap sepanjang waktu di sekolah;
  3. Penjarakan sosial diamalkan di kelas, di mana meja-meja disusun pada jarak satu (1) meter. Kapasiti maksimum untuk sebuah kelas adalah tidak melebihi 20 murid manakala di luar kelas, kapasiti bergantung kepada keluasan ruang tersebut;
  4. Waktu rehat adalah secara berperingkat dan pelajar dikehendaki beratur mengikut tanda penjarakan semasa membeli makanan di kantin;
  5. Aktiviti di luar bilik darjah, seperti sukan, kokurikulum secara bersemuka dan perhimpunan sekolah belum boleh dilaksanakan lagi.

Justeru, pelajar yang akan kembali ke sekolah adalah lebih yakin untuk berbuat demikian tanpa sebarang keraguan dan kerisauan. Ibubapa juga diingatkan supaya memastikan anak-anak mereka sentiasa mematuhi Garis Panduan yang telah ditetapkan. Ini termasuk mengamalkan kebersihan kendiri yang tinggi dan penjarakan sosial yang selamat sepanjang masa di dalam mahupun di luar kawasan sekolah.

Kerjasama ibubapa, pelajar dan kakitangan sekolah adalah amat penting bagi memastikan tidak berlakunya penularan jangkitan COVID-19 di sekolah.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Orang awam diingatkan untuk terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W: iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

23 Jun 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH096
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR02,027
NEGERI SEMBILAN11,015
MELAKA0256
JOHOR0688
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0156
SABAH2366
SARAWAK0569
W.P. KUALA LUMPUR02,430
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN3 (0)8,590

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED