Translate

20 June 2020

#Covid-19 #Malaysia l New Cases - 21 (Malaysian- 12 Foreigner- 7 Import- 2 ) Total - 8556 , Active Cases - 289 | Discharged- 7 Total- 8146 Total Deaths - 121






Kenyataan Akhbar KPK 20 Jun 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 76 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,146 kes (95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 20Jun [Recovered]-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 20 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 21 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,556 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 289 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 21 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan satu (1) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap. Daripada 19 kes penularan di dalam negara, tujuh (7) kes adalah bukan warganegara manakala 12 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Bagi kes jangkitan dalam negara (7 kes) di kalangan bukan warganegara adalah:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: tujuh (7) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8498 dan kes ke-8523). Kesemua mereka adalah rakan serumah;

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (12 kes) pula adalah seperti berikut:

  • Selangor – 10 kes:
    • tujuh (7) kes saringan beberapa pusat tahfiz dan madrasah;
    • satu (1) kes daripada Kluster Lanjut. Kluster ini akan diperincikan di bawah;
    • satu (1) kes daripada Kluster Warga Emas Kuala Selangor. Beliau merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8510;
    • satu (1) kes petugas barisan hadapan (bukan petugas kesihatan) di lokaliti bawah Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama;
  • Negeri Sembilan: satu (1) kes saringan Orang Kena Tahan (OKT) di Seremban sebelum dipindahkan ke penjara;
  • Sabah: satu (1) kes saringan di dalam komuniti oleh Pejabat Kesihatan Kawasan. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I), Kota Kinabalu.

Sehingga kini, sebanyak tiga (3) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (1)

KLUSTER COVID-19 BAHARU: KLUSTER LANJUT

KKM ingin memaklumkan satu kluster baharu yang telah dikesan di Labu Lanjut, Sepang. Sehingga kini, terdapat lima (5) kes positif COVID-19 yang telah dikesan dalam kluster ini. Kes indeks adalah merupakan seorang pesakit yang dirawat untuk Acute Respiratory Infection (ARI) di Hospital Serdang di mana beliau dikesan positif pada 5 Jun 2020. Aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection – ACD) mendapati bahawa empat (4) ahli keluarga beliau (iaitu dua (2) orang anak dan dua (2) cucu) juga telah dikesan positif COVID-19. Tiga (3) ahli keluarga tinggal serumah dengan beliau manakala seorang lagi dari tempat kediaman yang lain.

Siasatan dan saringan kontak rapat terus dijalankan di mana setakat ini seramai 29 orang telah dikenalpasti dan disaring. 25 kontak rapat didapati negatif COVID-19. Punca jangkitan kluster ini adalah masih dalam siasatan, namun penularan COVID-19 disyaki mungkin berkaitan dengan aktiviti kunjung-mengunjung.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin mengingatkan masyarakat bahawa bahaya jangkitan COVID-19 adalah masih wujud di dalam komuniti. KKM juga menyeru masyarakat agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan jangkitan COVID-19 apabila melakukan aktiviti kunjung-mengunjung, terutama apabila melibatkan warga emas dan kanak-kanak.

Terus amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, sentiasa ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S: Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

20 Jun 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(   )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH096
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR12 (2)2,021
NEGERI SEMBILAN1996
MELAKA0255
JOHOR0686
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0156
SABAH1363
SARAWAK0566
W.P. KUALA LUMPUR72,430
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN21 (2)8,556

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED