Translate

07 June 2020

Covid-19 Indonesia reports 672 new coronavirus taking total to 31,186 and 50 deaths bring total to 1,851



Bernama
Jun 7, 2020 18:55 MYT

Sebanyak 672 tambahan kes positif baharu dicatatkan. 

JAKARTA: Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 31,000 dengan jumlah kematian sebanyak 1,851 orang.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 672 tambahan kes positif baharu dan 50 lagi kematian berlaku.

"Kes positif kini berjumlah 31,186 manakala sebanyak 14,197 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu 529 kes, diikuti Jawa Timur (483 kes), Jawa Barat (158) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED